Translate

06 Mac 2010

Mindcontrol... Bah 8 (Bahtera Wawasan)

Beberapa nota telah dikumpulkan dalam satu fail rahsia yang bertanda simbol rama-rama yang cantik.Nota-nota ini adalah catatan dari beratus-ratus fail sebenar yang terkumpul dalam arkib penting di MistisFiles: Folder yang bertulis Protocols of The Elders of Mindcontrol.Kompilasi ini mencatatkan beberapa komentar bekas-bekas pengaturcara kawalan minda untuk operasi-operasi sulit CIA dan 'shadow government' di Amerika.

Berdasarkan nota kaki yang dikompilasi dari scrapfile ini, dapat disimpulkan bahawa modus operandi para pengaturcara ini adalah sama di setiap operasi mereka, memilih mangsa mereka dari latar belakang keluarga yang berantakan, bermoral rendah dan tiada agama.Satu lagi cara ialah mencipta keluarga yang porak-peranda dengan menawarkan kekayaan kepada keluarga terbabit atau menggugut mereka untuk memasuki program kawalan minda.Keluarga tersebut akan dimuatkan dengan pelbagai silibus kawalan minda dan hasilnya-sebuah keluarga yang rendah moralnya, di mana sang bapa selalunya akan mencabul anaknya sendiri (incest) manakala sang ibu pula membenarkan malah menggalakkan perlakuan sang bapa tadi.Si bapa tadi juga akan melacur anak-anaknya (tidak kira lelaki atau perempuan) kepada orang lain (selalunya orang-orang dalam secret societies yang menyelia program kawalan minda).Terdapat juga satu silibus yang lebih sadis: si ibu dirogol beramai-ramai oleh orang-orang yang tidak dikenali dihadapan si anak (subjek mindcontrol) manakala si bapa akan diugut; si anak hanya melihat ibunya kesakitan manakala bapanya terduduk tidak berdaya.Ini semuanya semata-mata untuk mencipta rasa putus asa yang amat hebat dalam diri anak tadi sebagai subjek mindcontrol, dalam istilah mindcontrolnya; mind split. Mind split inilah yang akan dikembang hingga menjadi MPD-Multiple Personality Disorder.Orang yang menjadi MPD tidak ubah seperti zombie,hanya mengikut perintah tuannya tanpa ada rasa kemahuan yang lain.Personalitinya juga akan berbagai-bagai, dari seorang perisik, pakar, komando, ejen khas hingga kepada pelacur kelas atasan atau pembunuh upahan, ini semua dapat dikawal secara 'switching' hasil dari 'personaliti yang huru-hara' akibat dari kecelaruan minda hasil dari trauma dan tekanan psikologi yang dasyat.Keluarga yang rosak ini pula akan melahirkan generasi yang rosak-menjana keluarga incest (sumbang mahram) yang seterusnya dan ini dipanggil multigenerational abused family.

AMARAN! JIKA ANDA RASA ARTIKEL SETERUSNYA DALAM ISU YANG BERKAITAN AKAN MENGANGGU KETENTERAMAN ANDA, SILA KELUAR DARI SINI.ARTIKEL-ARTIKEL SETERUSNYA PENUH DENGAN KISAH-KISAH YANG MENYEDIHKAN,SADIS DAN DI LUAR NORMA SIVIK MANUSIA.

Ini adalah sedutan dari scrapfile tersebut.Dan kisah seterusnya lebih mengharukan dengan pengakuan berpuluh-puluh survivor yang terselamat dari program mindcontrol ini.Adakah anda pernah membaca berita berkenaan kisah seorang bapa mengurung anak perempuannya di bawah tanah untuk dijadikan hamba seks selama lebih 20 tahun? Itu adalah sebahagian kesan dari program terlaknat ini.Survivor mindcontrol jarang tampil, satu kerana masih trauma dan ada yang hilang ingatan atau gila, dan satu lagi kebanyakan mereka didapati membunuh diri.Inilah sebabnya Kate Moss ketagihan kokain, perkara yang sama terjadi kepada legenda Grunge, Kurt Cobain...

RAHSIA PROTOCOLS OF THE ELDERS OF MINDCONTROL AKAN TERUNGKAI.Bukankah Iblis mempunyai satu modus operandi yang menjadi 'killer skill' iaitu menjadikan seolah-olah kejahatan itu difikiran manusia satu kebaikan?Maka manusia tadi tidak akan nampak lagi baik dan buruk, dosa atau pahala.Ini ada disebut dalam Al-Quran yang mulia.Ini adalah kunci rahsia mengapa SecretSocieties amat berbangga dengan teknik mindcontrol mereka.IBLIS TERLAKNATLAH YANG MENGAJAR MANUSIA-MANUSIA SYAITAN INI TEKNIK MINDCONTROL YANG MENCELARUKAN MINDA MANUSIA DAN MENGHALANG MEREKA DARI MEMBEZAKAN BAIK ATAU BURUK.'MEMBEZAKAN BAIK DAN BURUK' ADALAH SATU KRITERIA PENTING DALAM MEMBUAT PILIHAN DI DALAM MATRIKS YANG MANUSIA BERHIDUP SEKARANG.

MASALAHNYA IALAH PILIHAN.

Projek Monarch

Fail No. 000543371-Project Monarch.Iaitu salah satu folder terpenting dalam kajian kawalan minda "mindcontrol" di bawah Protocols of The Elders of Mindcontrol.Di bawah ini adalah penjelasan terperinci tentang program kawalan minda Dajal Laknatullah yang diberi nama Projek Monarch.Projek Monarch adalah intipati dari MK-UlTRA,satu lagi projek usahasama Dajal Laknatullah dan orang-orang Amerika yang sesat kegelapan di mana ketika itu amat obses dengan pengetahuan sains tahap tinggi yang dimiliki oleh Dajal yang sebelum itu mengambil kesempatan dari umurnya yang amat panjang mengkaji sains kawalan minda dari sumber-sumber Firaun Mesir,Babilon,Sumeria dan mistik pagan termasuk dari bangsa-bangsa misteri berteknologi tinggi yang dimusnahkan Allah s.w.t akibat perbuatan mereka yang melampaui batas.

Kepada bekas-bekas mangsa "mindcontrol" atau pencabulan seks sama ada dari ritual sesat atau disiplin perubatan tertentu,dinasihatkan supaya membaca artikel ini dengan kawalan pakar terlatih atau tidak membaca langsung artikel ini.Di dalamnya penuh dengan 'trigger' (perkataan sensitif yang hanya dapat ditafsirkan oleh orang yang mengalami trauma tertentu) dan ini amat merbahaya kepada bekas mangsa "mindcontrol".

05 Mac 2010

Mindcontrol... Bah 7 (Bahtera Wawasan)

Kemunculan Order Baru Dunia

Pada tahun 1991 Peperangan Teluk Parsi telah menonjolkan nama Presiden George Bush. Beliaulah orangnya yang mengisytiharkan perkataan Order Baru Dunia setelah Iraq ditumpaskan dan Kuwait dibebaskannya. Beberpa bulan kemudiannya, filem Terminator 2 telah edarkan. Tayangan perdana dilangsungkan pada penghujung minggu Julai 4 (Hari Kemerdekaan Amerika). Keseluruhan kutipan daripada penayangan filem ini termasuk video, TV dan barangan yang menggunakan jenamanya telah mancapai hampir satu bilion Dollar Amerika. Ketika tahun itu menghampiri penghujungnya proses merapatkan dunia semakin ketara apabila persekutuan Soviet Union bercerai-berai.

Sejak itu orang ramai mula sedar akan penonjolan kelengkapan ketenteraan yang menggunakan logo Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Peralatan perang ini yang termasuk kereta kebal, kenderaan pengangkutan tentera, trak dan jip telah diangkut dengan gerabak keretapi untuk dihantar ke beberapa pusat ketenteraan di merata Amerika Syarikat. Ternyata ada sesuatu yang sedang dirancang dan rakyat Amerika sengaja tidak diberitahu akan rencana itu. Aktiviti MK-SEARCH(MK-ULTRA) masih diteruskan pada tahun 1992 walaupun James Cameron sedang bercuti selepas pembikinan filemnya.

Aktiviti MK-ULTRA yang ditamatkan pada 1984 telah membolehkan teknologi yang diselidikkinya itu diambil-alih oleh Jabatan Penyelidikan Tentera Laut Amerika yang terkenal dengan nama U.S Navy's Research and Development. Penyelidikan yang berterusan telah membolehkan pihak Tentera Laut Amerika mereka-cipta satu cara baru mengawal minda dengan penggunaan isyarat microwave yang diatur melalui 300-3000 MHz (Megahertz). Penggunaan teknologi ini secara meluas memerlukan satu antenna gergasi yang mampu memantulkan isyarat itu ke bahagian atas atmosfera dan dari sana isyarat itu dilantunkan balik ke satu lokasi yang tepat di muka bumi. Dengan kerjasama Tentera Laut Amerika, MK-SEARCH telah berjaya melancarkan program baru ini yang dikenali sebagai 'High Altitude Auroral Research Project' atau dikenali dengan singkatan HAARP.

Pada mulanya HAARP telah digunakan untuk mengawal minda sekumpulan manusia di Los Angeles pada empat bulan pertama tahun 1992. Tujuannya ialah untuk menyebabkan tekanan 'stress' ke atas penduduk di situ dan mencetuskan keadaan fikiran yang kacau-bilau. Ketegangan ini memerlukan sebilah mancis untuk digesekkan bagi tujuan memetikkan api. 'Mancis' yang dimaksudkan itu telah menjelma dalam bentuk Kes Penderaan Rodney King (Beliau telah dipukul bertubi-tubi oleh pihak polis:catatan penterjemah). Pada 29 April 1992, empat orang pegawai polis yang telah dirakam melalui video sedang memukul Rodney King setahun sebelum itu telah dibebaskan tanpa didapati bersalah. Teknik HAARP telah digunakan dengan mengulang-tayang rakaman penderaan Rodney King itu di television selama satu tahun sehinggakan keadaan tegang itu memuncak ke tahap pergeseran perkauman. Pergeseran ini merupakan api yang digores oleh mancis itu dan keupayaan HAARP mengawal minda penduduk Selatan Los Angeles adalah minyak pembakarnya. Akhirnya berlakulah pegaduhan ras yang mengakibatkan hilangnya 60 nyawa. Keadaan ini semakin tegang hingga mendesak Presiden George Bush menghantar pasukan tentera dan mengisytiharkan undang-undang tentera di situ. Kalaulah keadaan semakin meruncing, Presiden Bush terpaksa menggunakan kuasa eksekutif 11490 (Executive Order) pula.

E.O. 11490 telah dirangka oleh Presiden Richard Nixon (33rd Degre mason) untuk tujuan memberikan kuasa kepadanya membubarkan Kongress, menggantung perlembagaan negara, mengisytiharkan undang-undang tentera dan meletakkan tugas pemerintah kerajaan Amerika tertakluk kepada 'Federal Emergency Management Agency' ( Majlis Pengurusan Tergempar Persekutuan). Nixon pernah bercadang menggunakan kuasa EO 11490 ketika perang Vietnam untuk mengawal penunjuk perasaan anti-perang di Amerika, dulu. Mujurlah kepada rakyat Amerika, rusuhan pada akhir 60-an dan juga rusuhan di Los Angeles pada tahun 1992 itu telah berjaya dileraikan. Namun, kuasa yang ada pada EO 11490 merupakan satu opsyen kepada setiap presiden yang berkuasa selepas Nixon. HAARP telah membuktikan kejituannya sebagai satu alat untuk mengawal minda.

Teknologi HAARP itu telah dibikin untuk masa hadapan. Ronald Regan pernah mengeluarkan kata-kata kiasan dengan ucapannya yang mengatakan: "ancaman daripada luar". Semakin ramai pula rakyat yang perihatin yang sedar akan rencana kerajaan itu dengan terjumpanya 'Kem Tahanan' yang dibina di merata Amerika Syarikat. Tujuan pembinaan kem tahanan itu adalah untuk mengurung sesiapa sahaja yang mahu menentang usaha pengawalan minda itu. Penggunaan teknologi HAARP dalam pengawalan minda akan dilaksanakan seiring dengan satu 'peristiwa' untuk menentukan penduduk di bumi ini memperakuinya. Sesiapa yang sanggup menentang rencana ini akan diangkut dalam trak pengangkut lembu dan dikurung di kem tahanan yang disediakan untuk mereka. Sekaligus mereka menerima ucapan 'Selamat Datang' kepada Order Baru Dunia.

Pada tahun 1992, setelah menonton filem "A Night To Remember", Cameron memulakan penyelidikan bagi pembikinan projek terbaru yang dinamakannya "TITANIC". Dia mahu projek itu berupaya dianyam dengan corak pengawalan minda dan juga keunggulan Freemsonri. Filem "True Lies" yang diedarkan pada tahun 1994 merupakan satu filem besar kepada Cameron. Jodol filem itu (True Lies) merupakan simbol penggunaan perkataan dan maknanya secara tunggang-balik yang memang lumrah didapati dalam ajaran Fremasonri untuk mengelirukan orang luar. Cara yang terbaik untuk memahami jodol itu ialah dengan mengingati satu frasa yang dicipta oleh seorang pengamal ilmu kebatinan dan ahli Freemeson bernama Aleister Crowley. Dia pernah berkata: "Kalau anda mahu memahami sesuatu, belajarlah berfikir secara menyorot daripada belakang."

Simbol yang muncul dalam filem itu memang berbagai-bagai. Ada yang menunjukkan beberapa helikopter yang dipaparkan berlatar-belakangkan pancaran suria pagi sehinggakan paparan helikopter itu nampak gelap sebagai simbol nama-nama perwatakan. Secara kebetulan pula pada tahun 90-an memang terdapat banyak lapuran mengenai kemunculan "helikopter berwarna hitam" di seluruh Amerika.

Dalam pembikinan "True Lies" Cameron telah menonjolkan nama "Trilby" bagi watak seorang pemimpin Kumpulan Omega yang merupakan satu organisasi risikan dalam filem itu. "Trilby" sebenarnya merupakan simbol jenis kopiah yang digunakan oleh ahli Freemasons ketika mereka berkumpul. Memang terdapat satu drama yang berasaskan satu novel yang ditulis pada 1848 oleh seorang Fremason. Itulah tahunnya di mana kumpulan Freemasons hampir dihalau keluar daripada Amerika Syarikat setelah berlakunya pembunuhan ke atas Captain William Morgan yang telah mendedahkan banyak rahsia kumpulan Masonic.

Nama organisasi Omega adalah satu simbol kepada masa yang akan datang sepertimana yang tersebut dalam "Alpha dan Omega" dalam kitab orang masons yang dikenal dengan nama "Book of Revelations". "Alpha" bererti masa silam sedangkan "Omega" adalah simbol masa hadapan. Inilah penunjuk betapa ada sesuatu yang akan muncul yang akan memperkuatkan "The True Lie" (Pembohongan Yang Berasas).

Dengan kejayaan yang dicapainya itu, Cameron sudah bersedia untuk dinaikkan martabatnya mengikut perundangan "Scottish Rite degrees of Freemasonri" untuk membolehkannya menerima petunjuk dan halatuju daripada satu kumpulan 'consortium' yang memang lama bertapak di Hollywood. 'Consortium' ini dikenali juga dengan nama Hollywood Twelve. Sebenarnya "Hollywood-12" adalah satu kumpulan yang mencerminkan kumpulan tajaan kerajaan Amerika yang diberi nama Majestic-12.

Majestic-12 ataupun MJ-12 telah diwujudkan pada tahun 1947 selepas peristiwa pendaratan yang memusnahkan kapal angkasa makhluk dunia luar di Roswell, New Mexico. Penubuhan MJ-12 itu adalah bertujuan untuk memanipulasi perjalanan sejarah dengan cara mengawal maklumat mengenai makhluk asing.

HW-12 pula ditubuhkan pada tahun 50-an ketika satu usaha yang dinamakan 'Red-scare' telah dicetuskan oleh McCarthy. Beliau melancarkan gelombang kebimbangan itu untuk melanda Amerika agar rakyatnya takut akan pengaruh ideologi komunisme. Apabila ahli Freemasons dan konsortium pakar jiwa mereka mula-mula memperkenalkan teknologi MK-ULTRA kepada Hollywood, tujuan mereka adalah untuk memutar fikiran manusia akan kewujudan makhluk asing dan juga konsep Order Baru Dunia. Satu ketetapan telah dibuat betapa satu konsortium perlu ditubuhkan di kalangan mereka yang berpengalaman dalam bidang perfileman untuk melaksanakan teknologi itu dan menentukan keselamatan rahsianya. Inilah yang memungkinkan kewujudan Hollywood-12 yang merangkumi beberapa studio filem dan rangkaian television. Di antara ahli HW-12 itu hingga ke hari ini adalah: 20th Century Fox, Universal, paramount, Warner Brothers, Sony/Columbia Pictures, Amblin Entertainment, Disney, Orion, CBS, NBC, ABC.

Missi utama HW-12 ialah menggunakan teknologi MK-ULTRA ke tahap yang paling maksimum dalam semua bentuk pembikinan bahan hiburan termasuk filem, television, majalah, komputer dan internet.

Pada tahun 1995, filem "Strange Days" telah mengadakan tayangan perdananya. Filem ini telah ditulis dan dikeluarkan oleh Cameron. Pengarahannya telah dilakukan oleh isterinya yang ketiga (sudah pun diceraikannya) bernama Kathryn Bigelow. Tajuk filem itu adalah merupakan ciplakan nama satu lagu yang menggambarkan beberapa perkara yang pelik-pelik yang berlaku pada tahun 1995 dan seterusnya yang akan membentuk jenis pemerintahan dunia ini yang menjurus ke alaf baru.

Pembikinan filem itu berdasarkan satu jenis teknologi yang diberi-nama "SQUID"; singkatan daripada "Superconducting Quantum Interference Device". Teknologi ini memperkenalkan satu alat yang merakamkan pengalaman manusia pada satu CD ROM yang boleh dimainkan semula untuk kegunaan masa lain. SQUID merupakan satu alat yang dihasilkan oleh teknologi MK-ULTRA untuk merakam dan memainkan balik rakaman itu. Ia mampu melakukan penjelajahan jiwa dan sebagai alat itu ia mampu merobah polar kesedaran manusia menjadi insan yang berbagai-bagai perwatakan. Inilah teknologi yang diasaskan oleh Dr. Donald Ewen Cameron dalam tahun 1959-an dulu yang berjaya dimainkan rakaman suaranya untuk didengar oleh para pesakit yang menghidap tekanan jiwa.

Banyak teknik gambaran SQUID dalam filem "Strange Days" itu yang menggunakan mesej terpendam yang direka oleh ahli 'consortium' yang berjaya menyelinap ke dalam "Digital Domain", sebuah syarikat yang memberi khidmat kesan khas dalam perfileman. Syarikat ini telah ditubuhkan oleh Cameron dalam tahun 1993. Filem 'Strange Days' tidak dapat banyak pungutan daripada penjualan tiket kerana ia memang direncana sedemikian. Rencana sebenarnya ialah untuk mengecam apa jenis gambaran subliminal yang akan menarik minat penonton menyaksikan filem Cameron.

Cameron telah berjaya mempengaruhi penggunaan teknologi SQUID yang berbentuk negatif sehinggakan tindakannya itu mengejutkan ahli 'consortium' yang mula sangsi akan kewibawaannya. Rupanya ketika menyediakan skrip filem itu, Cameron telah terbaca maklumat mengenai MK-ULTRA dan hubungkaitnya dengan kisah penyelidikan yang mengorbankan banyak nyawa di Montreal pada tahun 50-an dulu. Ketika itulah Dr. Donald Eewen Cameron melakukan penyelidikannya.

Cameron telah terkejut betapa bakat artistiknya telah dipergunakan dengan cara yang menakutkannya. Cameron cuba melepaskan dirinya daripada fenomena yang menggilakan itu.

Protocols of The Elders of Mindcontrol-ScrapFile006477HighLevel

04 Mac 2010

Mindcontrol... Bah 6 (Bahtera Wawasan)

Peristiwa 7 Disember
Pada 6 Disember, satu ribut salji telah muncul di bahagian selatan California dan bergerak melanda Nevada dan Arizona. Ribut salji ini telah membawa himpunan salji yang tebal ke atas San Diego, Las Vegas dan Phoenix sehingga mencetuskan suasana kelam-kabut yang tidak pernah dialami pada waktu semacam itu. Memang mengerikan walaupun dibandingkan dengan fenomena 'La Nina".

Pada 7 Disember, Richard Hoagland daripada Enterprise Mission dan Michael Bara telah dapat mengesan sedikit maklumat mengenai pendaratan kapal angkasa dunia luar di Gunung Turret (Turret Mountain). Gambaran radar yang diterima menunjukkan ribut salji yang berbentuk bulat yang telah menyelubungi keseluruhan gunung itu pada 6 dan 7 Disember. Terdapat pula bacaan degupan ELF (Extremely Low Frequency) pada jam 2:27 pagi waktu pergunungan Amerika ) Mountain Time bersamaan 4:27 pagi Eastern Time yang muncul daripada persekitaran pergunungan itu. Malahan, pada 6 Disember itu ribut salji sudah pun menyebabkan keadaan sesak di lebuh raya sehingga terjadinya hambatan lalulintas sepanjang empat batu di 'Interstate 17'.

Saya (Daniel Peerez) telah terbaca maklumat yang tersiar di Homepage Lunaranomalies.com yang ditulis oleh Hoagland dan Bara. Lantas saya mengsyaki bahawa kemunculan ribut salji itu adalah gara-gara buatan HAARP (High Altitude Auroral Research Project). Mengikut satu tulisan Nic Begich dalam bukunya berjodol 'Angels Don't Play this HAARP', salah satu fungsi pancaran antenna yang tersusun di Alaska adalah bertujuan untuk memutarkan keadan cuaca. Mengikut maklumat rasmi yang tertulis di website itu ada pengakuan betapa HAARP digunakan untuk mengkaji lapisan ionosphere. Secara tabiinya adalah tidak mungkin ribut salji boleh berada pada satu tahap yang statik menyelubungi sebuah gunung untuk beberapa lama. Tetapi, perkara ini boleh dicetuskan dengan penggunaan satu teknologi yang diberi nama Teknologi Tesla.

Di antara akhir abad ke-19 dan di awal abad ke-20 seorang genius (bijaksana) bernama Nikola Tesla telah mereka-cipta beberapa peralatan yang menjadi pemangkin kepada penciptaan peralatan lain dalam teknologi pengedaran aliran elektrik. Ini termasuklan konsep arus peraliran elektrik yang berselang-seli (alternating current). Arus karan bersalang-seli merupakan bahan mudah yang kini digunakan dalam menjana television dan 'microwave' anda. Tesla juga telah melakukan beberapa eksperimen yang berkaitan dengan gelombang 'low frequency longitudal' untuk memanipulasi polar cuaca dalam hasratnya untuk mengusai keadaan sesuatu cuaca itu.

Tesla memang membuat kajian ini untuk kebaikan kemanusiaan tetapi usahanya itu telah disauk oleh seorang jutawan yang juga ahli SOB yang bernama J.P. Morgan. Inilah orangnya yang menyebabkan tenggelamnya kapal Titanic. Beliau jugalah orang yang menolak tawaran untuk membiayai kajian Tesla dalam gerak geri gelombang itu. Namun, Kajian Tesla dalam bidang memanipulasi cuaca itu telah menarik minat kerajaan Amerika Syarikat. Apabila Tesla mati pada 1942, kajiannya telah dirampas oleh kerajaan dan diberikan status 'Rahsia besar'. Segelintir kajian itu telah digunakan dalam 'Philadelphia Experiment' pada tahun 1943. Kajian ini ada sangkutannya dengan usaha membuatkan radar kapal menjadi samar dan merupakan satu usaha pertama ke arah pencapaian teknologi pembikinan 'stealth'. Akhirnya program ketenteraan pun telah mengambil iktibar daripada kajian Telsa ini. Salah satu projek Kajian dan Pembangunan Ketenteraan Amerika itu ialah Projek HAARP.

Ketika memantau laman-web HAARP, Daniel Peerez telah terserampak dengan beberapa Ionographs yang menunjukkan beberapa bacaan degupan besar yang dicetuskan oleh HAARP ketika ribut salji sedang melanda. Degupan itu semakin menggunung rentaknya ketika berlakunya pendaratan kapal angkasa mahluk asing itu. Ketika itu berlaku beberapa putarbalik bacaan degupan itu seolah-olah ada usaha untuk melindungi bacaan yang sebenar sedangkan projek itu adalah dibiayai oleh cukai pendapatan rakyat jelata.

Episod yang berlaku ke atas EQ Pagasi telah mencetuskan perbalahan antara NASA dan Richard Hoagland yang dituduh memalsukan data Ionographs walaupun bacaan itu muncul di laman web HAARP. Di sinilah timbulnya beberapa tekateki. Kalau HAARP dikelolakan oleh pasukan Tentera Laut Amerika, kenapakah NASA menjerit terhadap maklumat songsang itu sedangkan mereka tidak punyai kaitan dalam projek tersebut? Reaksi mereka itu mencetuskan syak betapa mereka juga terbabit di sebalik tabir dalam projek itu. Malahan kalau anda melawat laman web HAARP, semua bacaan degupan Ionographs di antara 17:15 Universal Time pada 4 Disember dan 11:29 Universal Time pada 10 Disember telah pun dipadamkan. Apakah pemansuhan data itu dilaksanakan oleh orang dalam?

Hoagland terus membuat siasatannya dan mendapati betapa 'Projek Samson' adalah satu projek yang berusaha mewujudkan satu sistem tampanan agar beberapa tapak militari yang tertentu dapat menangkis serangan daripada angkasa lepas. Kajian yang berterusan telah mendedahkan betapa corak gambaran radar yang didapati untuk beberapa hari itu menunjukkan adanya sangkut-paut antara corak itu dengan lokasi pangkalan tentera di Amerika Syarikat.

Projek Samson mempunyai satu rakan-kongsi dalam kerja-kerja pembalikan kata-kata mengikut teknik yang dipelopori oleh Freemasonri dalam hal yang ada hubungkaitnya dengan perkataan dan angka. Secara aneh pula muncul Projek Samson yang dikembarkan dengan satu projek lain bernama Samson Project. Inilah projek yang mengkaji sistem ransangan roket berpandu yang diusahakan di Los Alamos Nuclear Laboratories di New Mexico. Samson Project ini bermatlamat untuk mengganyang Iraq. Tajuk yang digunakan di jendela program itu ialah 'God's Eye View' (Pengamatan Tuhan). Sekaligus ia dikaitkan kepada Arkitek Terunggul Dunia ini mengikut fahaman Freemasonri.

Pada 16 Disember 1998, Presiden Clinton telah mengarahkan penggunaan roket berpandu dan pesawat pengebom untuk mengganyang Iraq dalam satu peperangan Teluk terbaru untuk menumpaskan Saddam Hussein. Ada yang menuduh Clinton sengaja mencetuskan sinario 'Wag The Dog' untuk mengelakkan undi tidak percaya ke atanya di Congress. Tetapi, apa yang dikesan oleh Hoagland yang ada kaitan dengan Menteri Pertahanan, William Cohen telah memberikan jawapannya.

Pembalikan ucapan Cohen sejak April yang menyebut 'Disember 7', dan 'Project Samson' telah dilakukan secara bersistem mengikut carta kemunculan makhluk asing dari dunia luar. Dengan lain perkataan, krisis Iraq telah digunakan oleh Kumpulan SOB untuk melindungi ketibaan makhluk asing yang bersekutu dengan mereka daripada bintang Sirius bagi tujuan pengistiharan 'Hari kemerdekaan' ataupun suasana 'Armageddon' untuk membawa masuk fahaman Order Baru Dunia.

Semua perkembangan ini memuncak apabila peristiwa pendaratan EQ Pegasi di puncak gunung Turret Peak berlaku pada 7 Disember dan tersiarnya dokumen baru mengenai Majestic-12 yang membabitkan pihak kerajaan yang memang mengetahui akan fenomena itu. Perkara ini disiarkan dalam satu tayangan TV di Art Bell Show. Apabila diketahui bahawa asal usul SOB datangnya daripada Sirius yang disamakan dengan 'The Dog Star' ; filem 'Wag The Dog' sepatutnya dikaitkan pula dengan tajuk 'Wag The Serius' dan akhirnya menjadi 'Wag The Isis'. Adalah amat ketara sekali kumpulan SOB cuma membohongi semua orang termasuk kaum ibu mereka. Perkataan 'ISIS' adalah simbolik 'ibu' dalam mitos Mesir kuno. Rencana mereka ini pasti akan gagal juga bertepatan dengan peribahasa yang berbunyi: "Anda boleh membohongi semua orang melainkan ibu sendiri."

Apabila kita mengimbau kembali Teori Konspirasi james Cameron (TKJC), kita dapati filem 'Terminator 2:Judgement Day' telah dilaksanakan ketika berlakunya peperangan pertama di Iraq pada tahun 1991. Tajuk filem itu melambangkan kematian dan kehancuran. Pengedarnya Tri-Star, menggunakan lambang seekor kuda putih sebagai logo. Inilah lambang Pegasus ataupun kematian. Sebaik sahaja Presiden Clinton mengarahkan dilancarkan satu serangan terbaru ke atas Iraq, James Cameron membuat keputusan untuk membikin filem Terminator 3 pada 15 Disember, 1998.

Peristiwa ini berlaku hanya sembilan hari selepas ribut salji direka-cipta melalui program HAARP di Phoenix, Arizona pada 6 Disember. Pengeboman ke atas Iraq berlaku sembilan hari selepas tibanya sesuatu daripada EQ Pegasi yang terletak di gugusan Pegasus pada 7 Disember. Sekali lagi berlakunya satu perlambangan Pegaus/kematian dan angka sembilan dalam 'sembilan hari' yang terjadi itu adalah satu simbol 'selesai' dalam ilmu numerologi.

Hubungkait yang simbolik ini telah dikesan di antara keputusan Cameron memulakan penggambaran Teerminataor 3 dengan keputusan Clinton untuk menyerang Iraq. Pengeboman di Iraq itu diberi nama 'Operasi Desert Fox'. Ada pihak yang mengaitkan 'Desert Fox' kepada seorang Jeneral Nazi yang bernama Erwin Rommel yang mempunyai nama timangan "Desert Fox". Dalam TKJC, ada kenyataaan yang mengaitkan pembabitan SOB dalam menaikkan nama Adolf Hitler dan pembentukan Nazi Germani. Jadi, 'Desert Fox' dikaitkan kepada kumpulan yang bertanggungjawab merancang serangan ke atas Iraq. Mereka adalah kumpulan SOB. Laporan akhbar menyatakan, Terminator 3 akan dibiayai oleh Twentieth Century Fox di mana perkataan "Fox" itu memang mudah dirujukkan.

'Fox' ataupun serigala adalah seekor haiwan yang sama spesinya dengan anjing. Dalam penceritaan kita di tahap awal dulu ada disebut 'Bintang Anjing' di antara gugusan bintang di gugusan Canis Major yang bersamaan dengan nama Sirius. Ini juga mempunyai hubung kait dengan kumpulan SOB. Kalaulah Operasi Perang 'Desert Fox' melibatkan Ketenteraan dan Industri Amerika, kalaulah Twentieth Century Fox melibatkan Hollywood, ia menunjukkan betapa pintarnya manipulasi Kumpulan SOB dalam pergerakan Freemasonri. Mereka berada di tahap teratas dalam struktur tetrahedral yang melibatkan Kompleks "Military/Industrial/Hollywood" itu.

Tetapi, apakah Cameron membuat keputusan membikin Terminator 3 itu secara persendirian? Ataupun apakah ada pengaruh SOB yang mahukan Cameron meninggalkan kumpulan 'Law of One' (Hukum Yang Satu) dan cuba agar beliau memihak kepada mereka?

James Cameron, Mindcontrol, Freemason BHG IV

03 Mac 2010

Mindcontrol... Bah 5 (Bahtera Wawasan)

Teori konspirasi James Cameron telah membuktikan betapa James Cameron, yang mengarahkan filem siri Terminator, Aliens, the Abyss, True Lies dan Titanic adalah seorang yang berpangkat 33rd Degree Freemason. Sudah menjadi amalan tradisi Fremasonri seseorang yang berpangkat 33rd Degree Masons diberikan keistimewaan kepada maklumat mengenai peristiwa dunia dan segala pengetahuan yang ada tetapi terlindung daripada pengetahuan umum.

Penganugerahan pangkat 33rd Degree Masons itu telah berlangsung dalam satu upacara ringkas sebelum berlansungnya Upacara Penganugerahan Academy pada Mac 23, 1998 di Shrine Auditorium, Los Angeles. Cameron telah menghabiskan masanya dengan persediaan upacara penganugerahan itu dan sekaligus mengetahu beberapa rahsia fraterniti tersebut setelah diberi bantuan oleh para pemegang 33rd Degree yang lain. Beberapa peristiwa yang baru berlaku telah membuktikan perkara ini.

Pada Khamis 5 November, di Houston, Texas telah dilangsungkan satu majlis memperkenalkan teknologi 'TheatreVision' di Pawagam Loews Cineplex Spectrum. Teknologi TheatreVision membolehkan seorang yang buta mendengar penceritaan terhadap sesuatu peristiwa yang berlaku di layar perak yang dibuat di antara pertuturan dialog dan ketika kesinambungan aksi filem dilakukan. Majlis ini telah ditaja oleh RP Internationa, sebuah kumpulan kebajikan amal yang membantu golongan buta. Tiga di antara filem yang ditayangkan adalah 'Titanic', 'Quest for Camelot' dan 'Mulan'. Titanic mula ditayangkan tepat jam 3:33 petang.

Di antara mereka yang menghadiri majlis ini termasuklah pengasas RP International, Helen Harris. Pertubuhannya menumpukan aktiviti terhadap memerangi Retinitis Pigmentosa, satu penyakit mata. Bersamanya hadir juga James Cameron (pengarah filem) dan Presiden George Bush. Majlis ini adalah sebahagian daripada majlis 'Theatre of Light' tajaan TheatreVision yang memperkenalkan teknologi itu kepada semua pawagam di Amerika. Majlis amal itu disusuli dengan satu jamuan 'banquet' di Houston Country Club untuk Cameron dan Bush.

Apakah pentingnya kehadiran George Bush itu? Memang diketahui umum bahawa George Bush pernah menjadi pengarah CIA pada tahun 70-an. Dia menjadi timbalan presiden kepada Ronald Regan pada tahun 80-an dan memegang kerusi Presiden Amerika Syarikat daripada 1988 hingga 1992. George Bush adalah seorang yang bertaraf 33rd Degree Freemasons dan menjadi ahli majlis Perhubungan Luar dan juga Jawatankuasa Trilateral, selain menjadi seorang ahli Harvard Fraternities, yang lebih dikenali sebagai 'Skull and Bones' dan 'Scroll and Key'. Dalam Teori Konspirasi James Cameron itu ada satu bukti yang menyerlah di mana teknologi pengawalan minda yang dicipta oleh MK-ULTRA dan dimajukan oleh CIA pada tahun 50-an telah diselitkan dalam semua filem Cameron sejak dia mulakan kerjayanya sehinggalah masakini.

MK-ULTRA telah dipupuskan pada akhir 1973 atas arahan pengarah CIA yang bernama Richard Helms. Apabila Helms berhenti di CIA, George Bush telah dilantik menjadi pengarah pertubuhan itu ketika Gerald Ford menjadi presiden Amerika pada tahun 1974. Mengikut sumber Freedom of Information Act, Geroge Bush telah bertindak mengumpulkan fail bersangkutan dengan MK-ULTRA, di mana catatan mengenai teknologi pengawalan minda dimusnahkan ataupun disorok dalam satu projek baru yang diberi nama MK-SEARCH.

Apabila Cameron memulakan kerjayanya dalam dunia perfileman beliau berusia 30 tahun di akhir 70-an. Dia sudah pun menjadi ahli Freemason sejak berumur 21 tahun, mungkin disebabkan desakan bapanya Phillip Cameron. Oleh kerana pembiayaan filem Cameron itu dilakukan oleh satu kumpulan Freemasons, adalah logik untuk memasukkan maklumat mengenai teknlogi MK-ULTRA itu. Apatah lagi pada ketika itu Pengarah CIA yang bertaraf 33rd Degree Masons adalah seorang insan yang bernama George Bush.

Perkara ini membawa imbauan fikiran kita kembali ke Houston Texas pada 5 November, 1998 di mana filem 'Titanic' ditayangkan bertepatan 3;33 petang. Waktu tayangan itu menyerlahkan simbol 33rd. Degree Masons. Mengikut Helen harris, 'Titanic' merupakan filem pertama yang ditayangkan di Theatre Vision di mana pengarah filem membuat ulasan akan usahanya itu. Di dalam Teori Konspirasi Cameron dulu ada tercatat maklumat bagaimana Dr. Donald Ewen Cameron, pengasas MK-ULTRA telah merekodkan suaranya dan memainkan rakaman suara itu sebagai satu cara mengawal minda. Apakah disebabkan itu makanya dalam filem 'Titanic' suara latar telah digunakan untuk mengawal minda juga?

Pawagam kepunyaan Theatre Vision telah menyediakan kemudahan penggunaan 'headphones' istimewa untuk penonton yang buta sebagai kemudahan untuk mereka mendengar suara latar yang memberikan penceritaan ke atas filem itu. Harris telah mencatatkan bagaimana orang yang tidak buta telah menggunakan alat pendengar yang khas itu tanpa mahu menanggalkannya. Mungkin, inilah satu klu betapa kuasa suara 'subliminal voice patterns' telah diperkenalkan dalam teknologi ini. Apakah kerana ini makanya George Bush menghadirkan dirinya dalam majlis itu? Apakah kerana beliau berminat menilai kesan pengawalan minda siri baru ke atas orang awam yang tidak menyedarinya?

Seterusnya, memang dalam perencanaan Theatre Vision untuk menggunakan teknik yang sama pada semua filem di pawagam dan video. Harris telah menggambarkan betapa pengenalan teknologi ini sebagai satu pengalaman yang menyeronokkan. Kerana itu Harris telah dinaikkan pangkat menjadi ahli 'Order of the Eastern Star' yakni satu penghormatan dalam pertubuhan wanita kumpulan itu. Adaptasi cara niaga perfileman yang memenuhi kehendak golongan yang buta dalam menikmati keseronokannya adalah satu usaha yang baik. Tetapi cara teknologi itu diputarbelit oleh 33rd Degree Masons seperti George Bush sebagai satu cara menyediakan fikiran dunia kepada kemunculan 'New World Order' adalah sesuatu yang tidak mudah diterima. Freemasonri adalah dianggotai oleh dua kumpulan besar. Satu dikenal dengan nama 'The Law of One' (Hukum Yang Satu) dan yang satu lagi dikenal dengan nama 'The Sons of Belial' (Anak-pinak Belial). Usaha menguasai masa hadapan dunia memang menjadi satu pertarungan antara dua kumpulan ini. James Cameron adalah ahli kumpulan Law of One (LOU). Di dalam teori konspirasi itu terdapat bagaimana di tahap awal kerjaya perfilemannya dia telah dipengaruhi oleh kumpulan Sons of Belial (SOB). Ketika dia menyediakan skrip filem 'Strange Days', penyelidikan yang dilakukannya telah menyerlahkan usaha manipulasi SOB sehingga membuatkan beliau berpatah balik untuk meyakini pergerakan LOU. Tindakan George Bush telah meyakinkan pihak mana yang perlu disokongnya. Beliau telah membantu memusnahkan rekod dan mengubahsuai fakta mengenai pengwalan minda oleh MK-ULTRA di tahun 70-an ketika beliau menjadi pengarah CIA. Bush memang pernah dianggap telah melibatkan dirinya dalam penyeludupan dadah daripada Amerika Tengah ke Amerika Syarikat. Usaha itu dilakukan ketika tercetusnya skandal Iran/Contra pada 80-an dulu. Beliau juga pernah melafazkan perkataan 'New World Order' di hadapan seantero dunia. Memang sah beliau adalah ahli kumpulan SOB.

Salah satu maklumat penting alam Teori Konspirasi Cameron itu ialah penggunaan teknologi MK-ULTRA dalam pembikinan filem untuk mencerna minda manusia kepada kemunculan makhluk asing dari dunia luar. Ketika itu ramai manusia yang terlalu taksub akan cerita piring terbang selepas berlakunya peristiwa sebuah piring terbang daripada dunia luar yagn terhempas di Roswell, New Mexico pada tahun 1947. Secara kebetulan pula ketika itu, Joseph McCarthy terlalu taksub dengan teori pengaruh ideologi komunis. Sedangkan pada waktu yang sama MK-ULTRA sedang membuat penyelidikan ke atas pengawalan minda ke atas manusia yang dijadikan bahan eksperimen di makmal CIA di Canada. Mereka sedang mencerna satu teknik pengawalan minda untuk mempersiapkan menusia kepada kedatangan makhluk asing yang akan menjajah dunia dengan satu order baru seperti yang dikhayalkan oleh kumpulan SOB dalam pertubuhan Fremasonri itu.

Pada March 1997, satu kapal angkasa daripada dunia luar muncul di angkasa Phoenix Arizona. Fenomena ini lebih dikenal dengan nama 'Pheonix Lights'. James Cameron yang telah dianugerahkan taraf 32nd Degree Freemasons di Fremasonic Lodge di Phoenix di waktu itu telah diberi pengajaran akan munculnya peristiwa tersebut yang akan menggoncang Phoenix dan juga dunia. Cahaya lampu yang muncul itu telah diperlekehkan oleh kumpulan SOB sebagai 'military flares' (tembakan cahaya api tentera). Memang menjadi satu taktik menyorokkan kedatangan makluk luar sebagai eksperimen ketenteraan, seperti yang pernah dimulakan ketika terhempasnya kapal angkasa di Roswell pada tahun 1947 dulu.

Peristiwa di Phoenix itu telah didedahkan kepada pertubuhan Fremasons sebagai kedatangan makhluk asing yang akan kemusnahkan bandar Phoenix dan menyebabkan perubahan persekitaran ke seluruh dunia. Sebagai ahli yang bertaraf 32nd Degree, James Cameron memang tidak berhak mengetahui maklumat ini. Kerana itu beliau telah dinaikkah pangkat kepada 33rd Degree dalam satu majlis yang tidak formal. Penganugerahan pangkat itu dilakukan dalam satu bilik yang kecil sedangkan para selebriti dan artis sedang memenuhi dewan besar untuk majlis pengumuman hadiah akademi. Cameron dijangkan menjadi ahli 33rd Degree secara formal di majlis The Supreme Council 33 di Temple, Washington DC pada harijadinya. Cameron telah mengucapkan satu kiasan akan apa yang baru diketahuinya ketika menerima Oscar kemenangan Filem Terbaik bagi filemnya 'Titanic'. Dalam ucapan penerimannya itu beliau telah menyebut betapa 'Masa depan yang samar dan Tidak Keruan yang menyebabkan kehidupan menjadi lebih berharga.'

Kemunculan kapal-angkasa dunia luar telah dikesan oleh SETI (Search for Extra Terrestrial Intelligence) Institute yang dapat mengesan signal dari hala sebuah bintang yang diberi nama EQ Pegasi. Pengesanan yang berlaku pada 1998 ini dilakukan terhadap bintang itu yang berada dalam gugusan Pegasus. Pada awalnya SETI Institute itu telah tidak memperdulikan signal tersebut sehinggalah seorang astronomer radio amatur yang bernama Paul Dore (di England) dapat mengesan signal yang sama. Beberapa peristiwa yang pelik-pelik telah menyusul. Satu sidang akhbar yang telah diatur oleh SETI Institute telah dibatalkan secara tidak semena-mena, satu kenyataan daripada SETI telah menafikan signal itu dan diikuti pula dengan satu kenyataan menyokong teori akan wjudnya signal itu. Kemudian, Mr.Dore telah diganggu oleh NSA dan satu maklumat songsang telah diedarkan kepada pihak media telah dapat dipintas dengan menggunakan teknik Simbol Fremasonri oleh Richard C Hoagland daripada Enterprise Mission. Episod ini dikenali dengan nama EQ Pegasus Saga.

Hoagland telah membuat andaian betapa nama pegasus adalah bersamaan dengan simbol kematian dan dilambangkan dengan lakaran 'seekor kuda berkepak'. Hoagland telah menerangkan betapa beberapa lakaran simbol ini telah digunakan sebagai sebahagian logo perniagaan termasuklah yang digunakan oleh Mobil Oil.

Teori Konspirasi James Cameron (TKJC) telah mencatatkan betapa jodol filem 'Terminator 2: Judgement Day' adalah satu simbol satu bencana yang akan muncul tanpa ada penghalangnya. Filem iu telah diedarkan di Amerika Syarikat oleh Tri-Star Picures. Bayangkan apakah logo syarikat filem itu? Seekor kuda putih yang berkepak. Secara simboliknya ia bererti 'Pegasus' ataupun kematian.

Hoagland telah meramalkan dalam satu majlis di luar bandar Phoenix, Arizona pada 7.12.1998. Lokasi yang tepat ialah di pertengahan Arizona tiga puluh batu sebelah barat Peson di puncak gunung Turret yang terletak di sebelah timur lebuharaya State Route 17. Mengikut kajian Hoagland, makhluk asing ini adalah kumpulan yang sama yang membina Kompleks di Cydonia di Marikh dan juga apa yang dikenal sebagai 'The Face of Mars'. Mereka mendarat di bumi untuk melawat satu bandar kuno Phoenix yang terletak di dasar bumi di bawah kotaraya Phoenix yang sedia ada.

Seperti yang tercatat di muka surat Ketiga TLJC itu, makhluk asing ini adalah kumpulan yang terselamat ketika berlakunya letupan kepada sebuah planet yang terletak di antara Mars dan Jupiter. Planet ini dikenal dengan nama 'FENEX" yang seakan nama asal 'Phoenix'. Makhluk inilah yang mengasaskan satu tamaddun kuno yang dikenal dengan panggilan 'MU' di bahagian barat-laut Amerika.

Usaha risikan Fremason di NASA dan dalam pentadbiran kerajaan Amerika, membolehkan Hoagland memberikan gambaran kedatangan makhluk asing ini sebagai kemunculan makhluk asing yang akan melancarkan hari kemerdekaan Phoenix Arizona. Lantas, seluruh dunia akan terjaga kepada satu fenomena yang menojolkan kuasa SOB di kalangan pertubuhan Fremasonri yang memang berusaha untuk membawa satu order baru dunia yang akur kepada penaklukan mereka.

Seluruh dunia telah dipersiapkan untuk menerima fenomena ini sejak bertahun lamanya dengan cara penyediaan satu Kompleks yang membabitkan penyertan pihak militari-perindustrian-hollywood (Military/Industrial/Hollywood Complex). Perkara ini telah dibuktikan dengan adanya tiga simbol pergerakan Freemasonri itu. Contohnya adalah: Terdapat dua filem terbaru: 'Apt Pupil' dan 'Urban Legend' yang diterbitkan bersama oleh dua syarikat filem, Tri-Star (Pegasus) Pictures dan Pheonix Pictures. Kedua-dua syarikat ini adalah kepunyaan Sony/Columbia Pictures. Pegasus dan Phoenix memang ada kaitan seperti yang kita tulis terdahulu. Rangkaian pawagam besar menggunakan Sony Dynamic Digital Sound (SDDS) System bagi menayangan filem mereka. Simbol dalam logo SDDS adalah 'tetrahedral pyramid'. Piramid tetrahedral ini adalah tempat yang biasa di antara keruntuhan di Mars di bahagian Cydonia. Apabila sebuah tetrahedral piramid dilakar dalam satu sfera (sphere) di mana satu penunjuk mengarah ke kutub selatan. Tiga penunjuk lain dilakar pada 19.5 degree latitude (garis lintang) di arah bertentangan (Utara). Mengikut Hoagland, bentuk tetrahedral ini telah dijadikan simbol beberapa agensi pertubuhan kerajaan Amerika, sebuah petubuhan kuno Mesir dan juga salah satu simbol Freemasonri.

Sistem Sony Dynamic Digital telah digunakan dalam rangkaian pawagam kepunyaan Leows Cineplex Chain of Theatres. Penggunaaan teknologi MK- ULTRA dalam pembikinan filem telah disaksikan oleh George Bush dan James Cameron yang merupakan 33rd Degree Masons di Leows Cineplex 9 Theatre di Houston, Texas. Teknologi itu merupakan satu cabang yang dicipta daripada segmen Military/Industril/Hollywood Complex yang menggunakan sistem SDDS itu. Malahan perkataan Hollywood itu sendiri adalah sungguh simbolik.

Perkataan 'Hollywood' merujuk kepada satu 'wood' ataupun kayu daripada pokok yang suci (holly tree) yang dijadikan sebagi satu tongkat sakti dalam ritual mistik. Apakah satu kebetulan apabila sebuah syarikat kesan-khas perfileman yang terbesar di hollywood diberi nama 'Light & Magic'? Ini menunjukkan adanya persekongkolan antara Kerajaan Amerika dengan industri perfileman yang sungguh kompleks membabitkan pergerakan Fremasonri yang mempunyai kedudukan yang paling tinggi sekali.

Dengan terdedahnya geometri Tetrahedral ini yang bermula dengan penglibatan makhluk asing di Mars dan Kompleks Cydonia, apakah menjadi satu tekateki lagi apabila James Cameron mahu memulakan satu siri television melakui FOX Network mengenai Mars? Hoagland pernah berkata: "Terlalu banyak peristiwa yang secara kebetulan dan secara kebetulannya..." Bilakah agaknya secara kebetulan itu dihentikan dan dianggap sebagai satu kenyataan dalam anjakan paradigma? Dengan lain perkaaan, persekongkolan yang kompleks itu telah melonjakkan nama James Cameron menjadi ahli bertaraf 33rd Degree Freemason dan akan digunakan untuk membawa satu suasana order baru dunia ataupun Pax Humana.

James Cameron, Freemason, Mindcontrol BHG lll

Sudah menjadi perkara umum kepada saintis dan pengkaji sejarah berkenaan keghairahan Amerika untuk menguasai misteri kawalan ke atas cuaca sehingga menjadi tema filem dan permainan komputer (sila rujuk Red Alert 2). Amerika ingin mengambil alih kuasa Tuhan dalam menurunkan hujan dan mengalihkan angin ribut dari satu kawasan ke kawasan yang lain. Ini adalah impian Dajal Laknatullah dalam usaha dirinya untuk menjadi tuhan palsu di bumi. Jadi betullah dalam hadis-hadis nabi yang mengatakan pada akhir zaman nanti Dajal boleh menurunkan hujan di satu tempat dan di tempat yang lain pula kering kontang sehingga segala tanaman tidak menjadi. Melalui projek kawalan cuaca seperti HAARP (High Altitude Auroral Research Project), Dajal mula memahami rahsia alam dan mula melengkapkan dirinya dengan pelbagai ilmu sains untuk memperdayakan manusia menjelang hari kiamat nanti.

02 Mac 2010

Mindcontrol... Bah 4 (Bahtera Wawasan)

AMARAN

James Cameron adalah pengarah filem blockbuster yang dikatakan terhebat dalam sejarah, Titanic. Beliau adalah seorang pengikut Freemason berpangkat 33rd Degree, satu pangkat yang tinggi dalam kedudukan elit pertubuhan syaitan tersebut. Artikel ini meneruskan siri konspirasi Dajal dalam hasilkarya James Cameron:

*kepercayaan terdapat makhluk pintar yang membina peradaban di Marikh
*UFO di Roswell
*Dua puak dalam pergerakan syaitan Freemason
*Lagi anekdot tentang mindcontrol
*dan banyak lagi...

01 Mac 2010

Mindcontrol... Bah 3 (Bahtera Wawasan)

AMARAN

Artikel-artikel di dalam MistisFiles kebanyakannya berkisarkan perkara-perkara yang berselindung di balik senario dunia hari ini. Ia ibarat program virus yang berjalan senyap-senyap dalam sesuatu aplikasi komputer. Sebahagiannya memperihalkan secara terperinci kegiatan Al-Masih Ad-Dajal secara teknikal, di ulang; secara teknikal. Kita diberitahu secara gambaran kasar tentang kemunculan Dajal di mana setiap nabi dan rasul yang pernah wujud di muka bumi diperingatkan tentang bahaya fitnah Dajal(atau dikenali sebagai AntiChrist oleh orang Kristian). Persoalannya siapakah Dajal?Apakah bentuk fitnah yang dibawanya?Apakah taktik dan strategi Dajal?Dajal pernah berkata dia ingin menguasai dunia ini. Dia ingin menjadi Tuhan. Tetapi bagaimana?MistisFiles akan membawa anda jauh ke dalam pusaran konspirasi Sang Dajal. Kami akan membawa anda mengembara jauh kepada sejarah, kepercayaan, pegangan, ideologi, pembohongan, aktiviti, strategi dan plan besar si Dajal Laknatullah ini ke atas bumi. Dajal telah menggunakan pelbagai kepercayaan pagan seperti penyembahan bintang sirius, orion dan juga matahari untuk memperdayakan manusia moden hari ini. Pelbagai konspirasi seperti para makhluk jin dan syaitan yang digambarkan seperti alien dan 'makhluk pintar luar angkasa', master race, tamadun yang hilang dan pelbagai lagi drama yang dimainkan oleh Dajal. Mangsanya, adalah kita termasuk rakyat Amerika yang malang, menjadi bahan eksperimen, bahan mentah, 'patsies' , kambing hitam, hamba suruhan dan pelbagai lagi konotasi yang kadang-kadang akal yang sihat tidak dapat menerimanya kenapa satu bangsa yang dikatakan cerdik pandai di Amerika boleh terjerumus ke dalam perangkap Dajal. Setiap tahun beribu-ribu kanak-kanak di Amerika hilang tanpa sebab. Anda harus menerima kenyataan ini. Apa yang dikatakan di dalam Al-Quran adalah amat-amat benar sekali. Ingat!Kami tidak menghidangkan semata-mata kepada anda istilah-istilah keagamaan; jika anda terlalu sekular dan prejudis terhadap kemurnian agama. Tetapi kami akan membentangkan anda secara teknikal, bukan sekadar teori ataupun khutbah agama, secara sains dan teknologi, bukan sekadar hadis-hadis, firman dan sabda (jika anda seorang sekularis tulen dan pekat; yang pesimis terhadap agama khasnya Islam) ini adalah hadiah untuk anda. Berfikirlah sebentar, renung-renungkan. Selamat Datang ke Dunia Pemikiran Baru...

James Cameron, Freemason, Mindcontrol... BHG 1

Ini adalah satu penjelasan secara dramatik perkaitan antara kerajaan rahsia Amerika-Dajal dengan kejadian-kejadian pelik yang berlaku di dunia hari ini. Ia akan membawa anda kepada persoalan:

*Kisah kerjaya James Cameron (pengarah terkenal, menghasilkan filem-filem blockbuster seperti Titanic, Terminator, dan The Abyss) yang berkait dengan konspirasi plan Dajal dalam bidang mindcontrol.

*Projek-projek rahsia Amerika seperti MK-ULTRA, Philadelphia Experiment, Mindcontrol, Phoenix Project, HAARP dan lain-lain.

*Penglibatan organisasi rahsia (secret society) seperti Freemason dalam memandu puak-puak elit Amerika yang dijadikan kambing hitam atau hamba suruhan Dajal Laknatullah dalam merealisasikan impian Dajal menjadi Raja atau Tuhan Palsu di Bumi.

*Sejarah Freemason dan Illuminati, strukturnya dan puak-puak yang terdapat di dalamnya.

*Dan banyak lagi...

Rencana ini dipersembahkan dalam bentuk penceritaan bebas, dimana pengolahannya bercabang-cabang dan padat dengan informasi. Bacalah dengan teliti, dengan minda yang paling terbuka. Ini adalah rentetan kepada artikel-artikel yang pernah tersiar di dalam MistisFiles. Anda tidak perlu terkejut dengan artikel sebegini jika anda seorang pembaca Al-Quran dan Hadis Nabi. Ini adalah 'paperwork' Dajal dalam menjalankan pelbagai fitnah di Bumi.

-MO

Filem TITANIC keluaran James Cameron telah diterima oleh ramai manusia yang menyaksikannya sebagai salah satu filem yang berjaya di dunia ini. Ia telah berjaya memaparkan kesan-kesan yang telah membelenggu manusia dari aspek penggambarannya dan juga dari segi emosinya. Walaupun ada manusiayang telah mengesan kelemahan dalam sudut teknikal pembikinan filem itu, aspek pemaparan emosinya adalah lengkap sekali. Apakah sengaja dirancang begitu? Ada pihak yang berpendapat penggambaran kesan emosi dalam Titanic sengaja telah dimanipulasi untuk memaparkan kesan kegembiraan, kesugulan, kekeliruan, terperanjat dan marah di kalangan mereka yang menontonnya.

Kesan memanipulasi ini adalah satu aspek yang menarik daripada kesan kerja Encik Cameron. Bagaimana cara pun yang telah dilakukannya, kesan kerjanya itu elah menghasilakan ssesuatu yang menakjubkan dan mengikut Cameron ia merupakan satu kesan biografi hidupnya. Cameron lahir di Kapuskasing, Ontario Canadi pada 1954. james Cameron membsar di Niagara Falls. Dia memang cekal untuk melakukan yang terbaik sekali. Tidak kiralah apakah kerjanya itu kerja kelasnya ataupun permainan yang disertai bersama teman-temannya. Seperti yang tercatat dalam biografi rasminya: zaman kanak-kanaknya telah mencetuskan satu keazaman untuk melangkahi halangan hidup yang perlu dihadapinya yang akhirnya membantunya di zaman ramajanya.

Di waktu yang sama dalam lipatan sejarah, seorang insan lain yang berkongsi nama Cameron sedang berusaha mengkaji perilaku manipulasi kemanusiaan untuk kajian saintifik yang tertentu. Insan ini bernama Dr. Donald Ewen Cameron. Dr. Cameron memulakan kerjayanya dalam bidang psikologi sebagai seorang pembantu di Pejabat Perkhidmatan Khas (Office of Special Services - OSS), menyoal siasat para banduan Perang Dunia Kedua. Antara beberapa pesakit terkemukanya ialah Rudolf Hess, yang telah memandu pesawat udara German untk memasukki ruang udara Britain bagi tujuan menghasilakan kedamaian di antara Germani dan Pasukan Bersekutu. Hess telah ditawan, dipenjarakan dan kemudiannya disoal-siasat oleh beberapa pakar psikologi, termasuklah Dr. Cameron. Kebanyakan kajian Dr. Cameron tertumpu kepada teknik yang mampu mengubah dan mengawal polar perilaku manusia. Kajian beliau itu telah juga dihasilkan daripada beberapa kajian penyelidikan yang terlaksana ke atas banduan di pusat tahanan perang Nazi Jarman yang dibawa ke Amerika Syarikat setelah tamatnya Perang Dunia Kedua itu. Kerja-kerja itu telah dilaksanakan oleh OSS di bawah satu operasi yang diberi nama 'Operation Paper Clip'.

Dalam tahun 1950-an kejayaan Dr. Cameron telah meloncatkan namanya untuk dilantik sebagai Ketua American Psychological Association (APA), Canadian Psychological Association (CPA) dan The World Psychological Association (WPA). Pada masa itu, OSS sudah bertukar nama atas arahan President Harry Truman dan dikenal pula dengan nama Central Intelligence Agency (CIA). Sememanngnya pada 1947 Dr. Cameron telah diberikan kontrak oleh CIA untuk terus melakukan kajian dalam manipulasi perangai/kelakuan di bawah satu nama projek berjodol 'Bluebird' dan 'Artichoke'. Projek ini akhirnya dikenali dengan nama MK-ULTRA pada tahun 1953.

MK-Ultra mempunyai bebrapa program sampingan, yang berjumlah 149 semuanya. Program ini merangkumi kajian biologi, dadah, aktiviti seksual, teknologi, fizik, psikologfi dan perfileman. Adalah bukannya satu kebetulan bahawa filem yang dikeluarkan pada era 1950-an telah diolah begitu rupa untuk menakutkan penonton akan bahaya serangan Komunis, dan pemutaran fikiran makhluk asing (dunia luar). Dunia perfileman Hollywood menjadi satu alat berkesan bagi MK-ULTRA.

Dalam dunia psikiatri, Dr. Cameron adlah seorang insan yang keras hati, ganas dan amat taksub dengan keinginan untuk mengetahui bagaimana mengawal perilaku manusia dan mahu mengawasinya. Eksperimennya yang paling berkesan ialah penggunaan dadah, penyekataan pancaindera, pembebanan pancaindera, dan juga penyelidikan psikologi di mana suaranya yang direkodkan dalam sessi yang lalu itu dimainkan semula secara berulang-ulang kepada para pesakitnya. Dr. Cameron pernah juga melakukan operasi mengganggu-daya-fikir dan kajian dalam bidang electro-convulsive shock treatments (kejutan letrik yang menyebabkan mangsa bertukar perangai - penterjemah).

Mengikut piagam CIA, kerja yang dihasilkan oleh Dr. Cameron terutama sekali dalam penyediaan calon "Manchurian Candidates" telah menyalahi peraturan yang menyekat operasi tempatan CIA dalam wilayah Amerika Syarikat. Dengan bantuan pihak kerajaan Canada dan pengarah CIA Allen Dulles yang pernah menjadi teman kerja Cameron di OSS dulu, Dr. Caemron telah mengalihkan pusat kajiannya ke Allen Memorial Psychiatric Institute di Montreal Canada pada 1957 dan menetap di sana sehingga 1963.

Sebagai catatan, Allen Dulles telah mengarahkan Cia sehingga berlakunya fiasko di Bay of Pigs (Kepulauan Cuba - penterjemah). Ketika itu beliau dan juga General Charles Cabell (adik kepada Earl Cabell, Datukbandar Dallas ketika itu telah dipecat oleh Presdien John F. Kennedy pada 1961. Seleps berlakunya tragedi pembunuhan John F Kennedy pada November 22, 1963 di Dallas, Dulles telah dilantik oleh Suruhanjaya Warren (sempena nama ketua Hakim Earl Warren) untuk membantu penyiasatan dalam pembunuhan itu dan menyelidik latar belakang tertuduh yang bernama Lee Harvey Oswald. Allen Institute itu akhirnya menjadi satu institusi tekenal kerana tindakan merobek otak para mangsanya seperti yang dikendalikan oleh Dr. Cameron. Ramai pesakit yang telah dikenakan pelbagai jenis deraan yang berlebihan sehingga membabitkan penggunaan dadah yang membuat mangsa menjadi koma untuk berbulan lamanya. Penderaan otak, penggunaan pancaran cahaya lampu yang berkuasa tinggi, alat bunyi penderaan daya pendengaran, tayangan gambaran yang bergerak dan deraan dengan menggunakan tekanan kejutan letrik yang berlebihan telah membunuh banyak mangsanya. Kedai sembelihan Dr. Cameron itu telah juga menggunakan pelbagai kaedah dadah yang menghayalkan, terutama sekali dadah jenis LSD.

Dr. Cemeron telah bersara dari tugasnya dan meninggalkan Montreal untuk melakukan kerja persendirian di Amerika Syarikat dan beliau telah menghilangkan dirinya daripada pengetahuan umum. Tetapi hasil kerja beliau berterusan sehinggalah MK-ULTRA ditutup secara rasminya oleh Pengarah CIA Richard Helms pada tahun 1973.

Helams telah mengusahakan agar beberapa dokumen MK-ULTRA dimusnahkan. Helms telah juga bertanggungajawab memberikan informasi yang diperlukan kepada E.Howard Hunt untuk menceroboh masuk Hotel Watergate pada tahun 1972. Tujuannya ialah untuk membantu Presiden Richard Nixon memusnahkan keperibadian Daniel Ellsberg. Ellsberg merupakan seorang pegawai di Pentagon yang telah membocorkan rahsia penglibatan Nixon meransang peperangan Vietnam. Kesan skandal Waergata itu akhirnya menjebak Nixon dan memaksanya meletakkan jawatan pada 1974. Dunia operasi risikan menjadi kelam apabila nama berubah untuk melindungi kerahsian sesuatu. MK-ULTRA betukar nama kepada MK-SEARCH dan terus menyambung operasinya dalam tahun 1984.

Di akhir 70-an, ketika MK-SEARCH (dulunya MK-ULTRA) bergerak di bahagian hadapan operasi risikan, seorang pemandu trak yang tidak dikenali di California yang bernama James Cameron telah mengambil tindakan untuk berhenti kerja dan menceburi bidang pembikinan filem. Mengikut catatan sejarah yang rasmi, James Cameron telah berpindah ke Brea, California pada 1971. Dia telah menyudahakan kajian sekolah menengah dan mampu menyudahkan hanya lima semester di Fulerton College di Orange County. Setelah gagal di maktab itu, beliau telah berjaya meyakinkan satu konsortium doktor gigi daripada Tustin, California yang sedang mencari perlindungan percukaian untuk membiayai pembikinan satu filem 35mm yang diberinya jodol 'Xenogenesis'. Perkataan "consortium" itu memang menarik sekali. Dalam kamus, perkataan itu memberi erti 'satu hubungan niaga bertaraf antarabangsa'. Oleh kerana doktor gigi itu datang daripada kawasan tempatan kenapakah mereka diberikan gambaran seperti yang digunakan dalam syarikat itu? Kalau perkataan 'niaga' itu disisihkan bererti persyarikatan itu sudah merangkumi satu organisasi bertaraf dunia. Penggunaan perkataan "Xenogenesis" sebagai jodol filem pertama Cameron itu adalah menarik juga kerana ia membawa makna "kelahiran makhluk asing". Yang sebenranya para doktor gigi itu adalah para doktor sakit jiwa dan mereka yang terlibat dalam operasi CIA di bawah program MK-ULTRA bersama Dr.Donald Ewen Cameron. James Cameron dan para doktor sakit jiwa itu memang kenal lama. Persaudaraan berahsia yang membiayai pembikinan filem pertama Cameron itu akan terus membantu kerjayanya. Dia telah menceburiorganisasi ini ketika berusia dua puluh satu tahun, beberapa tahun yang lampau. Majoriti insan yang menjadi masyarakat risikan termasuk Dr. Cameron sendiri adalah ahli satu organisasi yang sama yang lebih mudah dikenali dengan nama FREEMASONS.

Freemasons adalah satu organisasi persaudaran bertaraf global yang telah wujud untuk membantu sesiapa sahaja yang memilih menjadi anggota persatuan itu. Mengikut sumber yang dipercayai, pertubuhan Freemason ataupun Fremasonri telah dicipta pada tahun 1700-an di Eropah. Tetapi kalau kita menyelongkarlebih mendalam lagi akan asal usul sebenarnya kita akan sampai kepada satu kisah kewujudan satu tamadun yang lebih maju daripada tamadun sekarang. Tamadun itu diberi nama 'Atlantis'. Kebanyakan teknologi tinggi, pemikiran jauh dan pencernaan cetusan daya fikir berfalsafah telah diserahkan secara rahsia kepada beberapa generasi yang berlapi secara berahsia sebelum berlakunya satu 'Banjir Besar' yang menghancurkan Atlantis. Teknologi ini akan didedahkan kepada umum sekali lagi dalam satu waktu yang akan ditentukan. Adalah bukan sesuatu yang kebetulan betapa kewujudan abad ke dua puluh dulu melahirkan beberapa kejayaan teknologi dalam sejarah tamaddun kita. Abad ini telah menyerlahkan kejayaan manusia mengawal minda seperti yang telah dilaksanakan oleh CIA melalui eksperimen Dr. Cameron dan teknologi MK-ULTRA. Inilah sebabnya pihak konsortium telah memujuk Dr. Cameron untuk peluang menggunakan balik gambaran bawah sadar dan manipulasi emosi ke atas jumlah manusia yang besar dan menyediakan mereka bagi tujuan kejuruteraan masa depan.

James Cameron telah meneruskan kerjayanya dengan memasukki dunia Roger Corman. Studio perfileman Roger Corman bernama "New World Pictures" telah disingkatkan dengan nama 'New World'. Sengkatan ini adalah bertepatan dengan 'New World Order' satu frasa yang menghayati idealisma Fremasonri, satu kerajaan yang global. Frasa ini akhirnya disebut oleh Presiden George Bush (Bekas pengarah CIA dan 33rd Degree Mason) pada tahun 1991.

Cameron telah melakukan tugas pembikin barang kecilan (miniature builder), menjadi seorang pengarah Fotografi dan seorang pengecat dalam filem yang berjodol 'Battle Beyond the Stars'. Jodol filem itu adalah satu simbol kepercayaan di kalangan masyarakat UFO (Barang Terbang Yang Tidak Dicam) dan juga Freemasonri betgapa satu peperangan telah berlansung dalam sistem solar bebrapa ribu tahun yang lalu. Tujuan filem itu ialah menggunakan teknologi MK-ULTRA untu k memudahkan kefahaman masyarakat dunia kepada mempercayai kewujudan dunia lain bagi tujuan ketaksuban kepada 'New World Order' (Kefahaman Dunia Baru). Banyak lagi teknologi ini akan digunakan dalam kerjaya pembikinan filem Cameron itu.

Cameron semaki bersemangat untuk mengarahkan filem. Dia telah mengusahakan satu filem berbentuk fiksyen yang diberi nama simbolik 'Galaxy of Terror;. Dalam filem itu Cameron menjadi Pengarah Unit Penggambaran Kedua. Pada 1982, di awal pentadbiran Presiden Ronald Reagan (Ahli 33rd Degree Mason), Cameron telah menulis skrip "The Terminator' bersama dengan isteri keduanya bernama Gale Anne Hurd. Gale adalah ahli peraturan 'Order of the Easters Star' satu oraganisasi Fremason bahagian wanita pula.

Asas persiapan 'The Terminator' membabitkan seorang lelaki yang dihantar balik melalui terowong masa untuk menghalang seorang 'cyborg' yang cuba membunuh seorang wanita daripada melahirkan seorang bayi yang akhirnya akan menyelamatkan manusia daripada diperintah oleh jentera di dunia ini. Kiasan cerita ini telah diciplak daripada Kitab Injil di mana keadaan wanita yang hamil itu adalah bersamaan dengan keadaan Mariam yang akan melahirkan anak lelaki yakni Isa Al-Masihi.

Kiasan yang diterampilkan oleh Freemasonri dalam filem Terminator memang amat berkesan sekali. Salah satu simbol pertama ialah penggunaaan cahaya biru uang digunakan dalam suasana kegelapan. Ini akhirnya menjadi satu stail arahan Cameron. Cahaya biru itu melambangkan peningkatan Cameron daripada tiga 'degree' ataupun tahap martabat Freemasonri yang lebih dikenal sebagai tahap kebiruan yang memungkinkan kenaikan seseorang ke tahap yang lebih tinggi yang dikenali sebagai 'York Rite'.

Salah satu watak dalam The Terminator telah menggambarkan peralatan jentera sebagai satu order kebijaksanaan yang baru ( the new order of intelligence), Dari sinilah munculnya frasa "Order baru Dunia". Simbol yang paling menyerlah ialah nama pengedar filem tersebut. Walaupun Cameron berkerjasama dengan Hemdale dan HBO untuk membikin filem tersebut, pengedaran filem itu telah dilakukan oleh Orion Pictures. Orion adalah simbol Osiris, satu dewa Mesir kuno yang melambangkan kecerian dan kesuburan. Rakan setara Osiris adalah Isis, satu dewi Mesir kuno yang melambangkan Dunia. Kedua-dua lambang dewata ini adalah simbol pemujaan Freemasonri yang dilakarkan dengan lambang sesiku dan kompas - square and compass). Inilah lambang Freemasonri. Sesiku itu melambangkan 'Isis' dan kompas melambangkan 'Osiris'. Sebiji bintang yang diberi nama Sirius adalah juga simbol Isis. Kerana itu ahli Fremasonri amat mempercayai betapa mereka adalah warisan yang dilahirkan daripada keturunan Sirius.

Tujuan membenarkan Orion mengedarkan 'The Terminator'; ialah untuk menggunakan segala hasil kerjaya Dr. Cameron dalam pembikinan filem James Cameron. Filem itu dibikin untuk menonjolkan mesej terselindung untuk menyediakan pemikiran rakyat secara pukauan dan helah agar menerima kedatangan teknologi tinggi yang akan menjajah dunia di masa hadapan. Sesiapa yang menolak mesej ini akan dihapuskan. Ketika Cameron secara tidak sedar menerima bantuan kewangan daripad konsortium untuk pembikinan filem 'The Terminator' dia telah menyediakan dua skrip filem lagi.: 'Rambo: First Blood Part II' dan 'Aliens'. Jodol 'First Blood part II' daripada filem Rambo itu adalh satu simbol betapa Cameron telah naik setingkat lagi martabatnya dalam mencapai tahap 'York Rite'. Pembikinan 'The Aliens' pula merupakan satu usaha menyediakan penonton agar menerima kaedah manipulasi minda mengikut teknologi MK-ULTRA.

Setelah berjaya dengan 'The Terminators' Cameron telah mengarahkan 'The Aliens' dengan memulakan produksi di England pada tahun 1985. Penggambaran di England di itu dilaksanakan untuk membolehkan Cameron menerima penganugerahan York Rite di bandar York ketika penggambaran dihentikan untuk sementara.

Filem 'Aliens' adalah sambungan daripada 'Alien' sebuah filem bikinan tahun 1979 yang menceritakan kisah perantau daripada bumi mencari planet lain untuk tujuan mencari hasil bumi. Ketika tiba di sana mereka telah diserang oleh penghuni yang mempunyai darah yang mengandungi asid. Mereka bertembung dengan serangga dan parasit yang menyerupai ular ketika kecil yang menggunakan manusia sebagai hos dan kemudiannya memusnahkan manusia itu dengan cara tersembul keluar daripada dada manusia yang diseranginya. 'aliens' telah diedarkan untuk tayangan dalam tahun 1986. Filem ini telah mengaut keuntungan yang tinggi bagi filem yang ditakrifkan 'R'. Ia telah memenangi hadiah oscar bagi Kesan Visual yang Baik dan Kesan Bunyi Yang Baik. Amat menyerlah sekali, kemenangan yang dicapai oleh filem ini adalah hasil kajian manipulasi minda. Inilah kesannya usaha memberikan ingatan kepada manusia agar sanggup bersatu ketika menghadapi serangan daripada dunia luar dengan cara memaksa mereka bersatu padu.

Sebaik sahaja Cameron selesai membikin filem itu dia telah menerima York Rite daripada Fremasonri dan akhirnya melangkah ke tahap Scottish Rite pula. Eloklah dicatatkan di sini bagaimana dalam waktu yang sama di antara 1985 hingga 1987 Presiden Ronald Reagan yang menerima taraf 33rd Degee mason, telah membuat beberapa kenyataan umum secara kiasan akan bencana ancaman luar yang memerlukan dunia ini bersatu padu.

Sebelum Ronald Regan menjadi Gobenor California, dia dan isterinya telah menyaksikan satu UFO (piring terbang) yang meluncur di sebuah lebuhraya di Hollywood ketika mereka dalam perjalanan untuk makan malam dengan beberapa teman mereka. Regan dan isterinya telah terlewat tiba selama satu jam. Mereka telah menunjukkan perasaan yang terganggu sambil menceritakan pengalaman yang mereka lalui. Inilah yang merobah pandangan Regan terhadap masadepan dunia ini dan mempengaruhi aksi mereka dan cara mereka mengeluarkan kenyataan.

Kenyataan Regan terhadap ancaman daripada dunia luar telah menjadi sebahagian ucapannya pada 4 Disember 1985 di Fallston High School di Maryland.. Regan telah menceritakan pengalamanya berbincang secara persendirian selama lima jam dengan Perdana Menteri Soviet, Gorbachev. Regan telah menceritakan betapa dia mempengaruhi Gorbachev agar memikitkan akan bencana serangan daripada makhluk asing daripada planet yang lain.

Pada 21 Septrember, 1987; Regan telah berucap kepada Congress seperti berikut: "Dalam
ketaksuban kita terhadap antagonisma masakini, kita mudah terlupa akan cara menyatupadukan masyarakat dunia sejagat. Mungkin kita memerlukan satu bentuk ancaman daripada dunia luar untuk menyedari kepincangan kita ini. Saya kerap memikirkan betapa mudahnya perbalahan kita itu lesap kalau kita menghadapi ancaman daripada dunia luar."

Memang ada sesuatu yang begerak ketika itu. Bukan sahaja dalam filem bikinan Cameron malahan juga di kalangan kerajaan dunia seluruhnya. Terdapat projek filem yang lain bikinan Cameron yang berjodol 'The Abyss'. Filem ini mengisahkan satu kumpulan penggerudi minyak yang berjaya mengesan satu kapalselam berjanakuasa nuklear yang tenggelam. Sewaktu mereka cuba menyelamatkan kapalselam itu gelagat mereka telah diperhatikan oleh makluk pintar daripada dunia luar. Mesej filem itu mahukan makhluk bumi ini bersatu ataupun mereka dihapuskan. Dalam pernggambaran filem itu Cameron telah diasuh oleh pihak konsortium dalam segala teknik yang menyerupai kaedah penderaan yang meransang para pekerja dan pelakon untuk bekerja bersungguh-sungguh ke tahap yang paling maksima. Mengikut satu laporan yang diterbitkan, Mary Elizabeth Mastrantonio telah didera sehinggakan kini beliau cuba mengelak usaha Cameron untuk mendapatkan khidmatnya lagi. Ed Harris pula enggan bercakap mengenai pengalamannya berlakon di bawah arahan Cameron. Filem 'The Abyss' merupakan satu filem yang mula-mula sekali menggunakan teknik 'morphing' (daripada perkataan morphine bererti candu) di mana komputer digunakan untuk proses animasi yang mampu memukau penontonnya. Filem ini berjaya memenangi oscar bagi Kesan Visual yang tebaik . Sekali lagi ini membuktikan penggunaan teknologi MK-ULTRA yang telah diperbaiki dengan penggunaan teknologi komputer. Filem ini telah diedarkan pada 1989. Inilah tahunnya Presiden Bush mengangkat sumpah yang diikuti oleh episod pemansuhan Tembok Berlin di Jerman. Kedua-dua perisitwa itu telah dikendalikan oleh Fremasonri sebagai satu persiapan agar dunia bersedia untuk proses globalisasi. Jodol "ABYSS" itu adalah satu lambang bagaimana Cameron menjadi semakin bergelumang dengan beberapa maklumat yang sungguh rahsia yang hanya diketahui oleh pergerakan Freemasons.

Pada tahun 1990 Cameron telah sama menulis 'Point Break' (Titik Perpecahan) bersama isterinya yang ketiga yang merupakan ahli Order of the Eastern Star, Kathryn Bigelow yang juga menjadi pengarah filem itu. Dia hanya menjadi penerbit eksekutif filem tersebut. "Point Break" telah diedarkan pada 1991 dan berjaya memungut US$100 juta dan mengungguli carta filem video sewaan (video rental charts). Filem itu adalah mengenai satu kumpulan pencuri yang merompak bank. Terdapat banyak gambaran bawah sadar yang digunakan dalam pembikinan filem itu yang menyebabkan ia menjadi popular.

Satu syarikat baru telah ditubuhkan oleh Cameron dan diberi nama 'Lightstorm Entertainment'. Syarikat ini menerima bantuan kewangan daripada konsortium yang sama. Perkataan 'Lightstorm' adalah simbol yang menggambarkan kemunculan Terminator dalam filem 'Terminator'. Sebenarnya ia memberi gambaran betapa Cameron telah menerima maklumat yang lebih menyerlahkan mindanya daripada Kumpulan Freemasons. Filem pertama yang dikeluarkan oleh syarikat terbaru ini adalah "Terminator 2. Judgement Day." Inilah sambungan kepada filem 'The Terminator". Jodol filem terbaru ini adalah satu simbol akan peperangan yang mungkin berlansung di masa hadapan disebabkan kecanggihan teknologi. Ia berusaha menyediakan pemikiran manusia kepada kemungkinana munculnya kuasa pemusnah yang di luar keupayaan manusia mengawalnya. Filem ii telah menggunakan teknologi komputer mengikut kaedah 'morphing' yang membuatkan para penonton merasa seram dan menggigil. Ciri-ciri cahaya lampu industri dan silapmata telah ditonjolkan. "Lampu dan Silapmata" adalah simbol kepada rahsia yang terdapat dalam pergerakan Freemasonri.

Banyak lagi insiden pelayaran psikik telah berlaku. Salah satu peristiwa itu telah membabitkan Edward Furlong yang melakonkan peranan John Connor dalam filem itu. Dia telah dipujuk oleh sealah seorang anggota 'consortium' agar menggunakan satu minyak gosok ke atas bibirnya. Cameron telah mengarahkan satu aksi yang dilakonan oleh Furlong dan mengucapkan tahniah kepada Furlong kerana aksinya itu. Tetapi, secara tiba-tiba dia ternampakkan minyak gosok di bibir Furlong itu dan menjerit kepadanya kerana mencemarkan penggambaran. Akhirnya, Furlong telah membuat perakuan dalam satu temubual oleh sebuah majalah betapa beliau kebingungan untuk beberapa ketika dalam sebahagian akhir penggambaran itu. Ramai manusia yang tidak menganggotai keahlian 'consortium' itu sedar betapa teknik pengawalan minda telah semakin terserlah dan perlu dipengapkan. Skrip filem Cameron itu telah diubahsuai untuk menyorokkan teknologi bikinan MK-ULTRA. Salah satu contohnya ialah cara Sarah Connor diberikan rawatan kejutan elektrik ketika berada di dalam insititusi pesakit jiwa yang menggunakan teknik 'Elektro-convulsive- therapy'.

James Cameron, Freemason, Mindcontrol...BHG ll

James Cameron adalah pengarah filem blockbuster yang dikatakan terhebat dalam sejarah, Titanic. Beliau adalah seorang pengikut Freemason berpangkat 33rd Degree, satu pangkat yang tinggi dalam kedudukan elit pertubuhan syaitan tersebut. Artikel ini meneruskan siri konspirasi Dajal dalam hasilkarya James Cameron:

*kepercayaan terdapat makhluk pintar yang membina peradaban di Marikh
*UFO di Roswell
*Dua puak dalam pergerakan syaitan Freemason
*Lagi anekdot tentang mindcontrol
*dan banyak lagi...

28 Februari 2010

Mindcontrol... Bah 2 (Bahtera Wawasan)

Asal-usul Projek Montauk berbalik kepada tarikh 1943 di mana halimunan terhadap radar telah menjadi bahan kajian di atas kapal USS Eldridge. Sebagaimana Eldridge yang berlabuh di Pelabuhan Tentera Laut Philadelphia, maka segala kejadian yang berlaku berkaitan dengan kapal tersebut dirujuk sebagai, 'Eksperimen Philadelphia'.

Objektif ujikaji ini adalah untuk menjadikan kapal tersebut tidak dapat dikesan oleh radar dan ketika perkara ini dicapai, di sana telah terjadi sesuatu yang tidak dapat dijangka dan membawa kesan sampingan secara drastik. Kapal tersebut menjadi bukan sahaja tidak dapat dikesan oleh radar malah ghaib dari pandangan mata kasar dan terkeluar dari ruang masa yang kita ketahui!Walaupun ini adalah pencapaian yang hebat dari segi teknologi, namun ia membawa bencana kepada sesiapa yang terlibat.

Para kelasi telah berpindah keluar dari dimensi yang biasa dan kembali semula dalam keadaan mental yang tidak stabil dan tidak ketahuan punca. Ada di antara mereka yang tertanam/terlekat pada badan kapal itu sendiri. Sesiapa yang terselamat pula berada dalam keadaan mental yang kurang normal dan menyebabkan kehilangan kepercayaan orangramai terhadap mereka mengakibatkan apa yang terjadi tidak dapat diceritakan atau terkubur begitu sahaja. Selepas perang, kajian disambung semula di bawah selian Dr. John Von Neumann yang bertanggungjawab terhadap aspek-aspek teknikal Eksperimen Philadelphia.

Tugasannya yang baru itu adalah untuk mencari apa yang menyebabkan minda seseorang itu terganggu dan mengapa manusia tidak berjaya dalam hal fenomena antaradimensi (bergerak dari satu dimensi ke dimensi yang lain) tanpa mendapat kebinasaan. Kajian besar-besaran ke atas manusia telah bermula di Brookhaven National Laboratories di Long Island, New York. Ia dikenali sebagai Projek Phoenix.

Von Neumann bukan sahaja perintis kepada komputer moden dan menjadi seorang yang genius dalam matematik; dia mampu untuk mengendalikan sumber-sumber yang besar dari kompleks industri ketenteraan yang mana termasuk pangkalan data yang luas mengenai kajian psikologi Nazi yang mana diperlukan oleh Pihak Berikat selepas Perang Dunia Kedua.

Ia berlawanan dengan latarbelakang ini yang mana Von Neumann mencuba untuk menggabungkan teknologi komputer dengan peralatan radio yang canggih di dalam usaha untuk menghubungkan minda manusia dengan mesin. Setelah masa berlalu, segala usahanya berjaya. Selepas bertahun-tahun membuat ujikaji, pemikiran manusia dapat diterima melalui penerima radio kristal esoterik dan disiarkan ke dalam komputer yang mana menyimpan pemikiran tadi dalam bentuk bit-bit maklumat.

Bentuk-bentuk pemikiran ini dapat ditayangkan kembali di paparan skrin komputer dan dapat pula dicetak di atas sehelai kertas!Cara ini telah dibangunkan dan teknik-teknik ini dikembangkan sehingga sebuah mesin pembaca minda maya dibina. Pada masa yang sama, teknologi telah dibangunkan di mana seorang ahli psikik dapat membaca apa jua pemikiran manusia yang keluar dari komputer dan berpotensi mempengaruhi minda manusia yang lain. Sesungguhnya Projek Phoenix terkandung pemahaman yang amat besar tentang bagaimana fungsi minda dan mencapai potensi yang menakutkan terhadap kawalan minda. Satu laporan penuh telah diajukan kepada Kongres yang mana mengarahkan projek ini dibubarkan, sekurang-kurangnya pada sebahagiannya berdasarkan kebimbangan dalam memiliki potensi kawalan minda sendiri.

Organisasi swasta yang menolong membangunkan projek ini tidak mengikut arahan Kongres lalu mencari jalan untuk memujuk atau menggoda pihak tentera dengan mengajukan idea bahawa teknologi ini dapat digunakan di masa perang untuk mengawal minda musuh. Satu organisasi rahsia dengan sumber-sumber kewangan yang besar dan ada kaitan dengan pihak tentera memutuskan mereka harus membangunkan satu kemudahan kajian yang baru di Camp Hero, satu stesen tentera udara yang ditinggalkan di Montauk Point, New York.

Lokasi ini dipilih kerana ia menempatkan antena radar Saga yang besar yang memancarkan satu frekuensi lebih kurang 400-425 Megahertz kebetulan julat yang sama digunakan untuk memasuki tahap kesedaran minda manusia. Pada lewat tahun 60'an, pengaktifan semula Camp Hero bermula meskipun tanpa pembiayaan dari pihak tentera. Pada tahun 1972, Projek Montauk telah sepenuhnya berjalan lancar dengan ujikaji-ujikaji kawalan minda yang melibatkan manusia, haiwan dan bentuk-bentuk kesedaran lain yang dianggap wujud.

Sejak bertahun-tahun, para pengkaji Montauk telah menyempurnakan teknik-teknik kawalan minda dan disambung kepada penyelidikan yang lebih jauh kepada mencapai potensi manusia. Melalui pembangunan keupayaan psikik oleh individu yang berbeza, ia pada akhirnya tiba kepada tujuannya di mana pemikiran seorang ahli psikik dapat diperkuatkan dengan menggunakan mesin dan ilusi dapat diwujudkan kedua-duanya secara objektif dan subjektif!Ini adalah termasuk penciptaan maya ke atas benda-benda. Semua ini tidak muncul dalam penceritaan sejarah yang biasa yang kita panggil "pengalaman manusia yang umum" tetapi sesiapa yang terlibat dalam menjayakan Projek Montauk tidak berhenti dalam perkara ini.

Mereka harus telah mencapai lebih jauh kepada keadaan yang luar biasa. Apabila ia telah dijumpai bahawa seorang ahli psikik dapat mewujudkan benda-benda, ia telah diperhatikan yang semua itu muncul dalam masa-masa yang berbeza, bergantung kepada apa yang ahli psikik tadi fikirkan. Jadi, apa yang berlaku jika seorang ahli psikik memikirkan sebuah buku tetapi buku yang muncul semalam?Ia adalah satu garisan pemikiran dan ujikaji yang mana memimpin kepada idea yang seseorang dapat mengherot masa itu sendiri. Jadi, di sinilah bermulanya kajian terhadap pengembaraan merentas masa. Selepas bertahun-tahun membuat kajian, portal masa telah dibuka secara besar-besaran dengan ujikaji-ujikaji besar telah dilaksanakan. Projek Montauk akhirnya, menjadi satu klimaks yang mengerikan dengan pusaran masa (time vortex) dibuka kembali pada tahun 1943 dan Eksperimen Philadelphia yang asal.

Tiada daripada maklumat ini yang jelas kecuali kepada Preston B. Nichols, seorang genius dalam bidang elektronik di mana pada suatu hari dia mendapati dia menjadi mangsa secara tidak sengaja di dalam eksperimen itu. Bekerja dengan satu kontraktor dalam bidang pertahanan di Long Island, Preston mengkaji aspek telepati dalam bidang psikik dan menjumpai bahawa gelombang radio secara terus-menerus telah dipancarkan yang mana mengkakukan orang-orang yang bersama-sama bekerja dengannya. Sebagai seorang yang pakar dalam radio dan elektronik, Preston telah mengesan isyarat radio terus kepada Stesen Pertahanan Udara Montauk dan bermulalah satu kajian yang menyukarkan di mana ia berpanjangan lebih sedekad.

Dia memerlukan lebih daripada peralatan yang digunakan semasa Projek Montauk dan menemui sesuatu yang mencemaskan dirinya di mana banyak orang yang mengingati penglibatannya dalam projek itu. Ia menjadi satu kemuncak di mana suami sepupunya menuntut penglibatannya di Montauk. Dua lelaki hampir-hampir menyerang pendirian Preston yang berkeras tidak terlibat dalam Projek Montauk. Tidak lama selepas perdebatan ini, Preston mula menghadapi saat-saat sukar dalam hidupnya di mana dia tidak pernah menyangka akan terjadi begitu. Selepas menemui dan berbual dengan banyak saintis dan jurutera yang mempunyai kaitan dengan Projek Montauk, Preston telah dapat melihat apa yang sebenarnya berlaku. Adakalanya dia hidup dalam dua garis masa yang berbeza. Pada satu masa, dia berkerja di Montauk; pada suatu masa dia berkerja di tempat lain.

Penemuan Preston telah disahkan oleh seorang lelaki yang aneh dengan menggelarkan dirinya Duncan Cameron telah muncul di muka pintunya pada tahun 1985. Duncan mempunyai sikap dan perawakan yang cerdik untuk kajian psikik dan akhirnya mendakwa telah dilatih dalam bidang tersebut oleh NSA (National Security Agency). Tanpa menyebut penderitaannya akibat Projek Montauk, Preston membawa Duncan ke Montauk dan terkejut dengan kemampuan Duncan mengingati keseluruhan kawasan itu dan mengingati bahawa dia pernah berkerja di situ. Duncan telah dipertimbangkan menjadi ahli psikik utama di dalam ujikaji merentas masa dan juga ingat telah berada di atas kapal perang USS Eldrige ketika Eksperimen Philadelphia yang asal dan juga adiknya (dikenali sebagai Al Bielek).

Menurut kenyataan kedua-duanya (Preston dan Duncan), Projek Montauk mencapai puncaknya pada 12 Ogos 1983. Satu portal masa telah berfungsi sepenuhnya, tetapi segalanya telah di luar kawalan dan Duncan telah memanggil sekumpulan orang dan berkeputusan untuk memusnahkan projek itu. Ketika duduk di Montauk Chair (satu peralatan yang disambung kepada penerima radio esoterik, di pangku dengan kristal-kristal yang dapat menghantar pemikiran keluar dari pemancar yang besar, Duncan melepaskan seekor raksasa besar dari minda bawah sedarnya yang mana memusnahkan segala peralatan dan apa saja berkaitan projek tersebut. Semua orang yang berkerja di dalam projek itu tiba-tiba meninggalkan tempat tersebut. Saluran udara dan pintu masuk utama ke dalam fasiliti bawah tanah pangkalan akhirnya dipenuhkan dengan simen. Apa yang terjadi sepenuhnya di sebalik semua ini tinggal sebagai misteri sehingga ke hari ini.

Walaupun satu video yang tidak berkebenaran telah diterbitkan secara meluas berdasarkan cerita ini dan beberapa ceramah telah diberikan di atas apa yang berlaku di Montauk, tiada buku pun yang ditulis khas untuk subjek ini. Penulis-penulis yang berbeza telah mencuba untuk menggalas tugas ini tetapi tidak berupaya dari segi ilmu yang berkaitan subjek ini atau takut untuk mendedahkan kebenaran. Seorang wartawan sains untuk New York Times telah memulakan projek ini tetapi menghentikannya apabila menemui dengan rasa terkejut bahawa projek ini benar-benar wujud.

Saya berjumpa dengan Preston ketika kajian sistem bunyi yang rumit yang dia menciptanya dan kemudiannya telah mendengar satu cerita yang mengkagumkan di mana sekurang-kurangnya lebih baik dari sains fiksyen yang pernah saya dengar. Selepas beberapa bulan, saya mengambil keputusan untuk mengambil tugas menulis buku The Montauk Projek: Experiment in Time. Buku ini ditulis tanpa berunding mengenainya selain dari Preston ( yang mahu melindungi sumber-sumbernya). Dengan penyiasatan yang memakan kos dan masa, strategi saya adalah adalah untuk mendapatkan maklumat secepat yang mungkin dan menggunakan buku ini untuk mendapatkan klu yang lain yang harus menguatkan dan pada akhirnya membuktikan kewujudan cerita yang menakjubkan ini.

Sebagaimana buku 'Projek Montauk' yang menimbulkan kajian yang lebih mendalam dan diteruskan dengan sesungguhnya mengesahkan di sana terdapat satu senario yang sebenar di sebalik semua informasi ini yang Preston katakan. Ini adalah rentetan kejadian dalam buku 'Montauk Revisited'. Tetapi bukti-bukti yang paling menggemparkan yang ditemui bahawa Projek Montauk secara kuatnya berkait dengan ahli sihir dan ahli kultus yang terkenal: Aleister Crowley, selalu di sebut "the wickedest man in the world"

Menurut laporan, Crowley dengan sendirinya menggunakan latihan praktik di dalam sihir seks di dalam usaha untuk memanipulasikan masa itu sendiri, berkomunikasi dengan makhluk halus dan mengembara antaradimensi. Di sana ada teori yang mengatakan keadaan antaradimensi di dalam Eksperimen Philadelphia harus terjadi dari ekspresi dari operasi sihir Crowler.

bersambung...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4U2C Posts

News Story

SELSEMA