Translate

31 Mac 2010

Anggota Militia Kristian Ditahan.

ANGGOTA keselamatan menjalankan operasi memburu   kumpulan militia Kristian yang merancang  melakukan serangan di Michigan, semalam.
ANGGOTA keselamatan menjalankan operasi memburu kumpulan militia Kristian yang merancang melakukan serangan di Michigan, semalam.

MICHIGAN: Anggota kesembilan sebuah kumpulan militia Kristian yang merancang bertempur dengan pergerakan ‘Antichrist’ dan kerajaan Amerika Syarikat bulan depan, ditahan kelmarin selepas FBI memainkan mesej yang dirakam daripada keluarga dan rakan, yang menggesanya supaya menyerah diri. 

Joshua Matthew Stone menyerah diri secara aman kepada pasukan bersenjata malam kelmarin. Ayahnya dan tujuh lain dipercayai menganggotai kumpulan Hutaree yang berpangkalan di Michigan, dihadapkan ke mahkamah semalam atas tuduhan merancang pembunuhan seorang pegawai polis dan sebilangan lagi dengan mengebom satu upacara pengebumian, dengan tujuan untuk menentang kerajaan.

Kebanyakan penahanan itu dibuat dalam serbuan pada penghujung minggu lalu di Michigan, Indiana dan Ohio. Ejen Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) bertindak pantas terhadap Hutaree kerana anggotanya sedang merancang serangan April ini, kata pendakwa. Pihak berkuasa merampas senjata api tetapi tidak menyatakan sama ada mereka menjumpai bahan letupan.

Penahanan itu adalah satu tamparan kepada sebuah pertubuhan berbahaya yang dituduh merancang berperang dengan Amerika Syarikat,” kata Peguam Negara, Eric Holder. 

Dalam tuduhannya, pihak pendakwa berkata kumpulan berkenaan melakukan latihan ala ketenteraan di kawasan hutan Michigan pada 2008, dan belajar bagaimana untuk melakukan penembakan dan membuat serta meletupkan bom. 

David Brian Stone, 44, dari Clayton, Michigan, dan seorang daripada anak lelakinya dikenal pasti sebagai ketua kumpulan. Stone, dikenali sebagai ‘Kapten Hutaree,” menubuhkan kumpulan itu mirip kepada askar bantuan, kata pendakwa. – AP 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4U2C Posts

News Story

SELSEMA