Translate

24 Ogos 2010

Kerabat Diraja Brunei Tidak Terlibat.

Penulis buku paling laris The Fast Life and Sudden Death of Michael McGurk, yang pengedaran bukunya terpaksa dihentikan selepas mendapat injuksi mahkamah semalam menyatakan, dia tidak mengaitkan pembunuhan McGurk dengan kerabat diraja Brunei dalam buku tersebut.

Sebaliknya, Ritchard Vereker, bekas penjual daging dari Wollongong itu berkata, mangsa mempunyai ramai musuh dan pembunuhannya mungkin dilakukan pihak-pihak lain.

Urusan jual beli senaskah al-Quran mini bertatahkan permata kepada Sultan Brunei, Sultan Hasanal Bolkiah yang gagal, pada mulanya didakwa sebagai penyebab

Mangsa dikatakan mahu menjual al-Quran berkenaan pada harga AS$8 juta (RM25.6 juta) sebagai hadiah perkahwinan kepada isteri ketiga Sultan Brunei, Azrinaz Mazhar Hakim.

Bagaimanapun, Azniraz semalam berjaya mendapatkan injunksi mahkamah bagi menghentikan pengedaran buku tersebut, mendakwa ia menghina mahkamah kerana mengandungi maklumat yang dilarang daripada diterbitkan oleh seorang hakim Mahkamah Persekutuan pada 2005.

Beliau yang juga bekas penyampai berita berkahwin dengan Sultan Brunei pada Ogos 2005, namun bercerai Jun lalu selepas dikurniakan dua cahaya mata, seorang anak lelaki pada 2006 dan anak perempuan pada 2008.

Vereker dalam bukunya menyatakan, McGurk pernah beberapa kali berjumpa pegawai Brunei dalam pertemuan rahsia di Singapura bagi urusan penjualan al-Quran tersebut.

Apabila urusan jual beli itu gagal, McGurk dikatakan mengheret Sultan Brunei ke mahkamah kerana melanggar kontrak tetapi mahkamah Sydney memutuskan perjanjian tersebut berada di luar bidang kuasa mereka.

Dalam buku kontroversinya itu, Vereker menjelaskan, pembeli berpotensi pertama al-Quran itu pada 2004 ialah Perdana Menteri Lebanon, Rafik Hariri.

Katanya, dia tidak boleh mengulas mengenai perintah injuksi yang dikenakan sebelum mendapat nasihat undang-undang daripada penerbitnya. - Agensi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4U2C Posts

News Story

SELSEMA