Translate

05 November 2010

Kemenangan Berganda Bukti Rakyat Yakin BN.


Kemenangan berganda BN di Batu Sapi dan juga Galas membuktikan bahawa rakyat masih yakin dan mempercayai agenda pembangunan kerajaan, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Katanya, kemenangan itu amat signifikan kerana ia menunjukkan bahawa rakyat masih yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meskipun dinafikan oleh pembangkang.

“Ini bermakna kedudukan kita sekarang ini semakin mantap dan kita telah berjaya mendapatkan semula keyakinan rakyat,” katanya kepada wartawan selepas calon BN, Linda Tsen Thau Lin di Batu sapi dengan majoriti 6,359 undi.[Baca berita penuh]
Sementara itu, Bernama melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi sebagai tanda keyakinan rakyat terhadap hala tuju yang hendak dibawa oleh kerajaan BN.

"Ini khususnya dalam konteks transformasi yang sedang diperjuangankan oleh kerajaan BN dengan pembentangan perancangan yang begitu terperinci (detail) dan rapi sekali," kata Perdana Menteri kepada Bernama menerusi panggilan telefon malam ini.

Najib yang sedang bercuti sakit kerana demam cacar berkata beliau amat gembira dengan kemenangan tersebut dan menyifatkannya sebagai kemenangan rakyat dan pengundi di kedua-dua kerusi terbabit.

"Mereka telah meletakkan kepercayaan dan keyakinan kepada BN bagi membawa kemajuan dan meningkatkan kesejahteraan penduduk di Batu Sapi dan Galas."

"Saya beri jaminan janji-jani BN di Galas dan Batu Sapi akan ditunaikan," katanya mengulas kejayaan BN mempertahankan kerusi Batu Sapi dengan majoriti lebih besar, dan memenangi semula kerusi Galas daripada PAS.
BN berjaya mengekalkan parlimen Batu Sapi dengan majoriti 6,359 undi, manakala di Galas, BN merampas kerusi tersebut daripada PAS dengan majoriti 1,190 undi.

Malaysiakini

04 November 2010

Galas : 61.39 Peratus Sudah Mengundi.


2.15pm Jumlah yang keluar mengundi dalam pilihan raya kecil DUN Galas sehingga jam 2 petang ialah 61.39 peratus atau 7,092 orang.
1.45pm Jumlah yang keluar mengundi dalam pilihan raya kecil DUN Galas sehingga jam 1 tengahari tadi ialah 55.75 peratus atau 6,441 orang.
1.26pm Pada jam 12,30 tadi, kelihatan barisan panjang di bilik operasi BN di Bukit Cekati. Kira-kira 300 orang beratur selepas mengundi.

Mereka kelihatan mendaftarkan diri di kaunter sebelum masuk ke dalam sebuah bilik secara bergilir. Mereka kemudian kelihatan memegang sepucuk sampul coklat. 

Semakan mendapati jumlahnya bernilai RM250.

Pengarah Pilihan Raya BN Tengku Razaleigh Hamzah bagaimanapun ketika ditemui pemberita enggan memberikan sebarang komen tentang apa sebenarnya yang berlaku.

1.16pm 
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Wan Ahmad Wan Omar berkata pemilih dibenarkan memasuki pusat pengundian dengan memakai kemeja-T bertulis 1Malaysia.

12.27pm Sehingga jam 12, peratus keluar mengundi sebanyak 49.61 peratus. Seramai 5,732 orang telah mengundi.

11.57am 
Perang mulut masih berterusan di antara penyokong PAS dan BN di luar pusat mengundi SK Seri Wangi.

NONE"Budak sekolah, budak universiti balik ke rumah," laung seorang penyokong BN yang memakai tudung merah jambu.

Ini disahut dengan, "budak tak sekolah balik ke rumah," daripada penyokong PAS.

Pemandu yang lalu lalang di kawasan berkenaan terpaksa memperlahankan kenderaan masing-masing ketika melalui kawasan berkenaan memandangkan keadaan jalannya yang menjadi sempit.

Langit cerah, helikopter berlegar
11.27am Di pusat pengundian Bandar Baru di Sekolah Menengah Kebangsaan Indra Petra, kelihatan helikopter polis berlegar-legar di langit yang mulai cerah.

Keadaan tenang. Penyokong PAS mula berselawat dan penyokong BN mencari tempat berteduh daripada panas matahari.

Di SK Lepan Jaya, pusat pengundian bagi LepanTupai keadaan hampir sama.

11.35pm Sehingga 11 pagi, jumlah keluar mengundi di Galas sebanyak 4,589 orang atau 39.72 peratus (tidak termasuk enam kawasan Orang Asli).

NONE10.55am Pengerusi MCA Kelantan Dr Ng Yen Yen berkata beliau yakin kejayaan akan memihak kepada BN kerana rakyat tempatan mahukan perubahan.

"Mereka mahu kemajuan dan mereka mahu konsep 1Malaysia menjadi kenyataan," kata Ng kepada pemberita di luar SK Gua Musang di Bandar Lama Gua Musang, kawasan campuran Melayu dan Cina.

10.55am Setakat 10 pagi, peratusan keluar mengundi sebanyak 24.02% (2775), tidak termasuk 6 kawasan Orang Asli.
Gear 2 naik bukit
10.15am 
Pemilih terpaksa berjalan 300 meter mendaki jalan yang curam ke pusat pengundian.

Ramai mengadu keletihan, terutamanya wanita mengandung dengan anak kecil dalam dukungan untuk berjalan ke SK Sri Wangi.

"Rehatlah dulu, sekejap lagi nak masuk gear dua," keluh mereka.

NONE10.14am Di Sg Terah, Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Md Isa tiba, bersalaman dan kelihatan berseloroh dengan Ahmad Maslan.

"Pertandingan persahabatan," kata Ahmad.

10.03am Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata selain insiden di SM Tengku Indera Putra, suasana tenang di tempat lain.

Ahli parlimen pontian itu berkata penyokong BN mengalami kececeraan ringan.

Ditanya sama ada beliau akan membuat laporan polis, Ahmad berkata, kedua-dua pihak telah bersalaman dan berbaik semula selepas kejadian itu.

Mustapha: Penyokong dia nampak lebih ramai
10.02am 
Menurut seorang pegawai SPR, sehingga jam 9.50, peratus keluar mengundi di Sg Terah hampir 300 orang daripada 1,912 orang yang layak mengundi. 

Beliau menjangkakan 400 akan turun menjelang jam 11.

NONE9.49am Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan Mustapa Mohamed berkata proses membuang undi hari ini bermula perlahan.

"Tapi kita tengoklah nanti," katanya ringkas ketika ditemui di luar SK Seri Wangi.

"Penyokong dia (PAS) nampak lebih ramai dekat sini," katanya lagi ketika meninjau kumpulan penyokong berkenaan.

Beliau juga berkata, jalan utama di simpang yang menghala ke sekolah berkenaan juga terlalu sempit.

9.51am 
Setakat jam 9 pagi, peratusan keluar mengundi di Galas sebanyak 9.93 peratus. Sebanyak 1147 telah membuang undi. Ini tidak termasuk di enam kawasan orang asli.
Hadang dengan Landrover
9.18am Lebih seratus orang telah membuang undi di SRJKC Gua Musang sejak peti undi itu dibuka sejam lalu.

Sedikit ketegangan berlaku berhampiran SK Gua Musang, di Bandar Lama (kawasan campuran) apabila penyokong PAS melintas kawasannya, mengundang kemarahan penyokong Umno.

Polis menggunakan Landrover sebagai penghadang kepada dua kumpulan yang rancak berperang mulut.

SK Gua Musang, kawasan tumpuan, 600 orang daripada PAS dan BN berkumpul sejak pagi.

8.45am Nik Aziz dan calon PAS Zulkefli menghabiskan kira-kira 10 minit di SRJKC. Ramai mengambil kesempatan bergambar dengannya. Pengarah Strategik PKR turut tiba lima minit kemudian.

NONE8.41am Di kubu kuat PAS di Sg Terah, kelihatan kira-kira 400 penyokong parti itu berbanding hanya 50 berbanding BN. Kelihatan Pengerusi Umno negeri Mustapha Mohamad berlegar sekitar kawasan penyokong BN.

'Penimbang lama' lawan 1Malaysia


8.35am Penyokong PAS kelihatan jauh melebihi penyokong BN di sepanjang jalan menuju SK Sri Wangi.

Mereka mengejek penyokong BN yang agak senyap sebagai 'penimbang lama'.

Sementara itu, kelihatan beberapa pemilih memakai kemeja-T bertulis 1Malaysia di SK Gua Musang dan SRJKC Gua Musang.

NONE8.26am Seorang penyokong PAS berpakaian Briged Muslimat menyuarakan perasaan tidak puas hati dengan kuat kepada SPR dengan mendakwa tidak membenarkan petugas Pakatan Rakyat memasuki kawasan yang ditutup sekitar SMK Agama di Taman Mawar.

8.25am Calon PAS Zulkefli meluangkan kira-kira 10 minit bertegur sapa dengan pemilih, pegawai polis dan kakitangan pilihan raya.

NONEBeliau meninggalkan tempat itu dengan laungan takbir daripada penyokong PAS.

Perang mulut berlaku antara kedua-dua penyokong menyebabkan polis dan pegawai SPR menjarakkan lagi kedudukan penyokong bagi mengelakkan sebarang insiden tercetus. 

Pagi mendung 
8.15am Di SK Gua Musang - salah satu pusat pengundian di Kampung Baru Gua Musang - penyokong PAS yang berkumpul kelihatan memakai baju bertulis 'PAS for All, manakala penyokong Umno pula membawa poster bertulis 'PAS Penipu'.

azlan8.02am Cuaca di Galas sedikit mendung. Bagaimanapun, tiada hujan lebat seperti malam tadi.

Di pusat pengundian SK Tengku Muhammad Fakhry Petra, calon PAS Dr Zulkefli Mohamad tiba diiringi Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Zulkefli ditentang calon BN Abdul Aziz Yusof dalan pertembungan satu lawan satu.

Zulkefli menggalas beban berat di DUN itu ekoran Galas merupakan antara kubu kuat Umno yang berjaya ditawan PAS dalam pilihan raya umum lalu.

Bagaimanapun, kejayaan dalam pilihan raya ini tidak akan memberikan sebarang kesan terhadap kawalan PAS di DUN. Parti itu kini menguasai 38 daripada 45 kerusi di Kelantan. 

Manakala sekutunya PKR mendapat satu dan Umno sebanyak enam.

02 November 2010

Dun Galas: Jambatan Konkrit Ganti Titi Gantung.

 Pelajar  di Kampung Batu Papan  terpaksa menyeberangi jambatan gantung  yang uzur setiap hari.
Pelajar di Kampung Batu Papan terpaksa menyeberangi jambatan gantung yang uzur setiap hari.

Saban hari, Abdul Hadi Mansor, 47, dari Kampung Batu Papan, di sini menggunakan laluan alternatif jambatan gantung merentasi Sungai Galas untuk menghantar anaknya ke sekolah sejak lapan tahun lalu. 

Penoreh getah itu mengakui laluan alternatif berkenaan menjimatkan masanya untuk membawa lima anaknya dengan motosikal ke tiga sekolah berhampiran, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Indera Putra 2, Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Wangi 1 dan SK Seri Wangi 2, sejak berpindah ke kampung itu.
Jambatan gantung sepanjang 35 meter berusia 15 tahun itu menjadi nadi laluan kepada 1,500 penduduk di tiga kampung iaitu Kampung Batu Papan 1, Kampung Batu Papan 2 dan Kampung Batu Papan Kundur.
Setiap pagi kelihatan hampir 150 penunggang motosikal menggunakan laluan itu untuk ke sekolah berkenaan. Walaupun kelihatan uzur dan usang, penduduk tidak mempunyai pilihan lain selain menggunakan jambatan gantung yang hanya boleh dilalui pejalan kaki dan penunggang motosikal kerana ia menjimatkan masa terutama bagi mereka yang memiliki anak ramai. 

Tinjauan mendapati, hampir semua penunggang motosikal membawa dua atau lebih pembonceng sama ada diletakkan di depan atau belakang penunggang dan mereka yang berada di laluan bertentangan perlu menunggu sehingga semua kenderaan selesai melalui jambatan itu. 

Bagi Abdul Hadi yang dikurniakan 12 anak berusia satu hingga 23 tahun, setiap hari dia akan membawa lima anaknya berusia tujuh hingga 16 tahun ke sekolah berhampiran kerana hanya satu daripada dua motosikalnya memiliki insurans, manakala satu lagi hanya digunakan untuk laluan kampung. 

Bagi perjalanan pertama, Abdul Hadi membawa dua anak lelakinya berusia 16 dan 10 tahun sebelum kembali ke rumah untuk mengambil tiga lagi anaknya berusia tujuh, 11 dan 12 tahun. 
"Kami gembira jika jambatan gantung diganti jambatan konkrit kerana setiap pagi terutama hari hujan, laluan akan menjadi licin dan menyukarkan penunggang untuk mengawal motosikal,” katanya. 

Sementara itu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin yang berkunjung ke kampung itu memberi jaminan akan mengemukakan permohonan kepada Kerajaan Pusat untuk membina jambatan konkrit.

Berita Harian

Kalau AUKU, Kenapa Polis Soal Siasat.

Empat mahasiswa yang ditangkap pihak polis atas dakwaan berkempen di Galas, mengemukakan memorandum kepada Menteri Pengajian Tinggi.
Mereka ialah Ahmad Syukri Che Ab. Razab, Mohd Rijaludeen Mohd Anwar, Mohd Yusof Hadhari dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli, kesemuanya ahli Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), menyerahkan memorandum tersebut kepada Timbalan Menteri KPT, Datuk Saifuddin Abdullah di parlimen hari ini.

Mereka antara lain menuntut kerajaan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) yang didakwa menyekat peranan mahasiswa memberi kesedaran politik kepada rakyat.
"Gamis turun ke Galas atas pendirian mahasiswa bukan mewakili mana-mana parti politik.
"Kami ditangkap atas tuduhan berkempen, melanggar Auku, sedangkan risalah yang kami edar langsung tidak berpihak kepada mana-mana parti," kata Ahmad Syukri.
Kesemua mereka ditahan polis semalam, 31 Oktober jam 1.30 petang dan dibawa ke IPD Gua Musang.
Mereka bagaimanapun dibebaskan jam 9.15 malam selepas disoal siasat.
"Persoalan kita, jika diletak di bawah Auku, kenapa polis yang siasat, kenapa tidak serah kepada universiti?" soalnya.
Sementara itu, Saifuddin pada sidang media bersama pelajar tersebut memberi jaminan akan berusaha agar keempat-empat mereka yang disoal siasat oleh pihak polis tidak lagi disoal-siasat kali kedua oleh pihak universiti.
"Pihak kami di KPT akan siasat perkara ini berdasarkan laporan IPD Gua Musang. Lazimnya jika perkara begini berlaku, KPT serah pada universiti. Tapi kes ini polis dah siasat, jadi kita tengok apa laporannya.
"Kita cuba elak empat pelajar ini terkena dua kali soal siasat. Kita akan dapat maklumat terperinci dari IPD," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut mengalu-alukan penubuhan Kaukus Parlimen bagi memansuhkan Auku agar mahasiswa diberi hak terlibat dalam politik yang dicadang Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.
Bagaimanapun, beliau menolak untuk mempengerusikan kaukus tersebut dan mencadangkan diberi kepada mereka yang tidak menjawat jawatan pentadbiran kerajaan.
HarakahDaily

31 Oktober 2010

Mr.Adnan Oktar Memberikan Pandangan Tentang Perbicangan Michael Jackson Memeluk Islam Sebelum Dia Meninggal Dunia.

Anda dapat memberitahu kami perbaikan apapun yang mungkin Anda perhatikan. 
PRESENTER: "Adnan Bey, saya melihat anda dari Germany. Saya ingin tahu pendapat anda tentang Micheal Jackson. Hari itu abang nya, merujuk pada Micheal Jackson, 'jika dia tidak meninggal dunia, sudah pasti dia akan menjadi Muslim. Ini dapat dilihat dari hidup dan tingkah lakunya'. Laporan yang memberitahu bahawa Micheal Jackson adalah seorang Muslim, telah tersebar luas. Adakah anda rasa ada kemungkinan bahawa Micheal Jackson telah memeluk Islam tapi menyembunyikan nya?" Zafer Alyilmaz.
 
ADNAN OKTAR: Micheal Jackson, ya, sepatutnya abang beliau tidak perlu mengeluarkan kenyataan itu. Dia adalah seorang muslim biasa. Dia adalah seorang yang mengembara ke negara-negara Islam dan membuat kajian dan berbual dengan orang-orang di sana. Terutama pada hari-hari akhir beliau,setelah dia menunjukkan tingkah lakunya yang seperti seorang Muslim, satu serang balas telah dilancarkan terhadap beliau. Fitnah, kenyataan palsu terhadap beliau dan kejadian-kejadian lain mula berlaku.
 
Satu-satu nya alasan perkara ini berlaku adalah kerana dia telah diketahui memeluk Islam secara rahsia walaupun beliau tidak pernah memberitahu tentang itu. Pihak Agen Intelligence telah mengetahui tentang beliau. Disebabkan itu sebelum beliau mengumumkan tentang pemelukan Islam,mereka cuba untuk menjatuhkan beliau. Dan seperti yang anda ketahui, meraka akhirnya membunuh Micheal Jackson. Itulah ada sangat kejam sekali. Maksud saya,dia tidak mati dengan kematian biasa. Dia dibunuh. Apa yang berlaku di sebalik tabir perlu disiasat dengan berhati-hati. Kerana dia seorang Muslim. Sebab itulah kemarahan dan kebencian terhadap beliau. Mereka mula-mula merancang dengan satu konspirasi, namun tidak berjaya. Kemudian mereka membunuh beliau,sebaik sahaja beliau mahu mengumumkan tentan pemelukan Islam. Beliau sudah bersiap sedia untuk melakukannya dan kejadian ini berlaku.
Harun Yahya

Pengundi Pos Dun Galas Mula Mengundi Hari Ini.

 Seramai 127 pengundi pos membabitkan anggota polis dan 50 petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bertugas semasa pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, akan mengundi mulai esok. 

Setiausaha SPR, Datuk Noordin Che Ngah, berkata anggota polis akan mengundi di Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang, Isnin ini manakala petugas SPR akan berbuat demikian esok, di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang di sini.
Kedua-dua proses pengundian akan bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.
Bercakap kepada pemberita selepas mengeluarkan kertas undi pos kepada dua pihak terbabit di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang hari ini, Noordin berkata semua kertas undi itu akan dikira bersama-sama kertas undi lain selepas pukul 5 petang hari pengundian Khamis depan. 

"Semua kertas undi (pos) akan ditempatkan di Bilik Kebal di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang dan dikawal polis," katanya. 

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Chek Hashim Sulaima daripada PAS, yang meninggal dunia pada 27 September lalu. 

Calon BN, Abdul Aziz Yusoff, 49, akan berhadapan calon PAS Dr Zulkefli Mohamed, 44, pada pertandingan satu lawan satu 4 November ini. 

Mengenai 50 pengundi pos kalangan petugas SPR yang mungkin menjadi persoalan, beliau berkata mereka adalah pengundi berdaftar di DUN Galas yang telah memohon untuk mengundi sebagai pengundi pos kerana bertugas pada hari mengundi Khamis depan. 

Dalam perkembangan berkaitan, Noordin berkata proses berkempen yang memasuki hari kelima hari ini setakat ini berjalan lancar kecuali tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang menaikkan bendera masing-masing tetapi telah pun diturunkan pasukan pemantau SPR. 

Berhubung dakwaan PAS wujud pengundi hantu pada pilihan raya kecil ini, beliau berkata dakwaan itu tidak benar. 

Noordin berkata, SPR memerlukan masa antara tiga hingga lima bulan bagi mengesahkan status pengundi sesuatu kawasan dan setelah itu nama mereka akan dipamerkan untuk bantahan. - BERNAMA 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4U2C Posts

News Story

SELSEMA