Translate

07 Mei 2011

Pakatan: Islam kekal agama rasmi Malaysia

Pakatan Rakyat tetap berpendirian Islam kekal sebagai agama rasmi negara ini dan tidak timbul persoalan gagasan itu akan mengambil langkah untuk mengubah statusnya jika berjaya menawan Putrajaya. Ini sekali gus menyangkal laporan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia dengan tajuk utamanya 'Malaysia Negara Kristian?

anwar ibrahim and islamKetua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi nota admin blog hari ini, berkata Utusan bertindak melampaui batas dengan menyogok rakyat dengan berita fitnah dan hasutan apabila memainkan isu agama rasmi di Malaysia.

“Utusan juga telah mengetepi tanggungjawab sebagai pengamal media apabila tunduk kepada adikuasa atau pemerintah, tanpa rasa malu dengan menidakkan fakta apabila berterusan memutar belit fakta sehingga mengelirukan rakyat,” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respons kepada laporan muka depan Utusan hari ini di bawah tajuk 'Kristian agama rasmi?'

utusan malaysia kritian agam rasmiLaporan itu juga memetik ahli parlimen Jelutong, Jeff Ooi menafikan dakwaan kononnya beliau menganjurkan satu majlis pertemuan paderi dari seluruh negara, yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi persekutuan dan melantik perdana menteri dalam kalangan penganut agama itu.

Menurut wakil rakyat DAP itu, beliau hanya menghadiri majlis kesyukuran yang diadakan secara tertutup untuk paderi-paderi tersebut di sebuah hotel di Jalan Macalister, George Town sebagai tetamu.

Akhbar milik Umno itu mendakwa majlis pertemuan paderi-paderi berkenaan dan ikrar menjadikan Kristian sebagai agama rasmi persekutuan didedahkan oleh dua blog.

utusan malaysia, malaysia negara kristian, penang pastor meeting“Sudah dinyatakan sebelum ini, bahkan ia merupakan kenyataan rasmi yang ditandatangani semua pimpinan Pakatan Rakyat bahawa Islam tetap kekal sebagai agama rasmi di Malaysia jika Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan pada masa hadapan.

“Jelas, Utusan tidak layak untuk digelar selaku akhbar arus perdana, ia hanya layak menyandang gelaran 'Tabloid Umno' sesuai dengan kenyataan bahawa parti itu merupakan pemegang saham sekaligus majikan mereka.

“Amat sedih melihat akhbar yang diasaskan pejuang pembebasan tanah air dahulu, dirantai oleh manusia-manusia rakus kuasa zaman ini,” tulis Anwar lagi.

Katanya isu agama rasmi bagi Malaysia menjadi sasaran terbaru “aparatus pemerintah manakala Utusan tanpa rasa malu telah menidakkan fakta yang terbentang di depannya dengan berterusan memutar belit fakta bertujuan mengelirukan rakyat.”

NONE“Sudah dinyatakan sebelum ini, bahkan ia merupakan kenyataan rasmi yang ditandatangani oleh semua pimpinan Pakatan Rakyat bahawa Islam tetap kekal sebagai agama rasmi di Malaysia sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan pada masa hadapan,” katanya.

Selain itu, nota berkenaan juga memuatkan penyataan bersama yang dibuat pimpinan Pakatan Rakyat pada 8 September yang turut terkandung dalam Buku Jingga yang menjamin kedudukan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia.

NONE“Kami sekali lagi mengulangi pendirian menjunjung prinsip dasar yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan menjamin kebebasan mengamalkan agama-agama lain, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak semua kaum yang dijamin Perlembagaan,” kata penyataan itu. MK

Al-Qaeda sahkan Osama terbunuh, beri Amerika amaran




Ayman al-Zawahri (kanan) merupakan pemimpin paling dilihat akan mengisi tempat Osama. — Foto ReuteRangkaian Al-Qaeda hari ini mengesahkan kematian ketua mereka Osama bin Laden sambil memberi amaran akan tindakan balas bahawa “kegembiraan Amerika akan berubah menjadi kesedihan.”

Pengesahan kumpulan pengganas itu dikeluarkan menerusi kenyataan yang disiakan pada laman-laman web militan, ditandatangani oleh “kepimpinan umum” Al-Qaeda.

Osama ditembak mati di kepala di timur laut Islamabad Isnin lalu.

Pengumuman itu membuka laluan kepada pemilihan pengganti Osama.

Timbalannya Ayman al-Zawahri merupakan pemimpin paling utama dan dilihat akan mengisi tempat Osama.

Anwar al-Awlaki, kelahiran Amerika Syarikat tetapi kini berselindung di Yemen, juga dinamakan sebagai kemungkinan pengganti Osama.

Kenyataan bertarikh 3 Mei ini, yang pertama oleh rangkaian pengganas sejak Osama terbunuh Isnin lalu dalam serangan komando ke atas sebuah rumah agam di Abbottabad, Pakistan.

Ketulenan kenyataan itu tidak dapat didedahkan secara bebas tetapi ia dimuat naik pada laman-laman web kumpulan itu lazimnya menyiarkan kenyataan mereka.

Malah kenyataan itu bertekad bahawa Al-Qaeda tidak akan keluar daripada laluannya mengadakan perjuangan bersenjata dan menegaskan darah Osama adalah “lebih bernilai kepada kami dan setiap Muslim daripada disia-siakan.”

“Dia (Osama) akan kekal, dengan izin Allah, sumpahan yang mengejar AS dan ejen-ejen mereka, dan mengejar mereka dalam dan luar negara mereka,” kata rangkaian itu dalam kenyataan dikeluarkan pada forum-forum Internet Islam dan diterjemahkan oleh perkhidmatan pemantauan SITE.

“Dalam waktu terdekat, kegembiraan mereka akan berubah menjadi sedih,” katanya.

“Darah mereka akan diisi ketangisan,” tambah kenyataan itu lagi. — Agensi

06 Mei 2011

Muslim Malaysia ugut adakan protes bantah AS bunuh Osama

Muslim Filipina juga mengadakan demonstrasi membantah AS ekoran kematian Osama bin Laden, di Masjid Emas, Quiapo, Manila hari ini. — Foto Reuters
Sebuah badan induk bagi pertubuhan Muslim hari ini menyerahkan memorandum kepada Kedutaan Amerika  Syarikat (AS) di sini sambil memberi kata dua akan mengadakan protes mengecam pembunuhan ketua rangkaian Al-Qaeda Osama bin Laden.


Tindakan itu akan diambil jika AS tidak memohon maaf dalam tempoh seminggu.
Solidariti Rakyat Malaysia Menentang Keganasan merangkumi 20 badan termasuk Majlis Penasihat Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dan Dewan Muslimat PAS menyerahkan memorandum kepada Keduataan AS petang ini.

Memorandum yang diserahkan kepada wakil kedutaaan menekankan bahawa operasi khas AS di timur laut Islamabad Isnin lalu, yang membunuh Osama, adalah perbuatan pengecut selain menceroboh negara berdaulat.

“Kami juga marah dengan cara tidak bertamadun tentera negara anda melepaskan jenazah (Osama) ke laut memandangkan ini perbuatan menghina seluruh Muslim.

“Pasukan tentera AS tiada sebarang hak untuk menguruskan jenazah sedemikian rupa, yang juga satu penghinaan ke atas maruah kesemua Muslim dan Islam,” katanya.

“Bagi rakyat Malaysia, anda dan pasukan tentera AS telah menjadikan Osama mati syahid,” kata penyelaras kumpulan itu Mohd Azmi Abdul Hamid.

Mohd Azmi berkata, kumpulan itu akan mengadakan solat khas besar-besaran bagi Osama dan anggota keluarganya.

Katanya, Osama sebenarnya menentang pengganas sebenar dunia iaitu kerajaan Amerika dan mahu membebaskan tanah Muslim daripada penguasaan AS dan Israel.

“Di atas segala-galanya itu, dia (Osama) tahu bagaimana untuk mendedahkan propoganda syaitan Barat, dan mendedahkan diktator-diktator Arab yang menekan,” katanya lagi.

Kumpulan itu juga mengecam pemimpin-pemimpin Islam khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana memperkatakan bahawa dunia ini lebih selamat selepas kematian Osama.

Mohd Azmi kemudian memberitahu pemberita bahawa pihaknya menuntut Presiden AS Barack Obama agar memohon maaf atas kematian Osama.

“Kami memberi masa satu minggu dan jika tiada respons atau permohonan maaf, maka kami akan mengadakan demonstrasi,” katanya lagi.

Osama terbunuh dalam serangan pasukan elit AS di Pakistan awal pagi Isnin lalu.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan tindakan membunuh Osama sebagai “tidak bertamadun.”

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kenyataan kononnya dunia akan lebih selamat dengan kematian Osama di tangan pasukan elit AS adalah pandangan tidak cermat.

Selain itu tegas beliau, kenyataan seperti itu menampakkan diri pihak yang mengeluarkan pandangan berkenaan sebagai penyokong AS.

“Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?” kata Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan.

Nik Aziz tidak menyebut nama pihak berkenaan yang mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berharap kematian Osama dalam satu operasi ketenteraan AS di Pakistan dapat membawa dunia ke arah keamanan dan keharmonian sejagat.

Namun, beliau memberi amaran bahawa perjuangan kumpulan yang terlibat dalam beberapa serangan pengganas di seluruh dunia itu tidak berkisar kepada seorang individu sahaja.

“Saya harap ia (kematian Osama) akan menjurus kepada keselamatan dan keamanan sejagat yang merupakan tanggungjawab bersama,” katanya.

Najib juga berharap kematian pengasas Al-Qaeda itu akan membuatkan dunia menjadi lebih aman, selamat dan adil.

Beliau juga berharap kematian Osama akan dapat memulihkan semula nama baik Islam yang tercalar ekoran imej negatif dibawa oleh pengasas Al-Qaeda itu.

Beliau bagaimanapun mengingatkan kepada semua pihak bahawa meskipun kematian Osama memberi tamparan hebat kepada al-Qaeda, namun itu tidak bermakna pergerakan tersebut akan terkubur sama sekali sebaliknya ia tetap boleh disusun serta digerakkan semula. Insider

Pemimpin Umno Tidak Pernah berubah, Percaya Sangat Pada Angka.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mencetuskan teka-teki bahang pilihan raya umum ke-13 dengan berkata ia mungkin diadakan pada satu tarikh atau bulan yang mempunyai nombor kegemarannya, 11.

Najib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional, berkata kesukaannya pada nombor itu menyebabkan ramai pihak meramalkan bahawa pilihan raya umum kali ini akan diadakan pada 11 November ini.

Desas-desus menyebut pilihan raya umum kemungkinan diadakan Ogos atau November ini.

Beliau berkata demikian ketika menjadi jemputan khas program pagi stesen radio Hot.fm di Sri Pentas di sini hari ini.
Ketika ditanya lanjut oleh wartawan selepas program satu jam itu, Najib (gambar) berkata tarikh itu ditimbulkan oleh pihak yang suka membuat teka-teki tarikh pilihan raya “untuk mengisi masa terluang.”


“Saya rasa elok diteruskan teka-teki ini,” katanya dipetik Bernama Online hari ini.
Bagaimanapun, Najib menekankan perlunya untuk kerajaan BN terus bekerja melaksanakan program-program transformasi bagi menyakinkan rakyat.

“Pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa, tak semestinya pada (bulan) 11 ataupun 11 hari bulan.

“Ini merupakan satu proses, selagi semboyan belum dibunyikan, kita masih buat kerja,” kata Perdana Menteri.

Apabila diminta mengulas lanjut sama ada kemungkinan tarikh tersebut besar, Najib berkata: “Tarikh itu ada kaitan dengan hidup saya, tapi sama ada pilihan raya itu... Wallahhualam”.

Terdahulu dalam program itu, beliau turut menjelaskan buat pertama kalinya kaitan nombor 11 pada dirinya.
Najib berkata nombor itu timbul dalam beberapa peristiwa penting dalam hidupnya.

Antaranya ialah Allahyarham ayahandanya, Tun Razak Hussein lahir pada 11 Mac 1922, ibunya Tun Rahah Noah lahir pada 11 Jun 1933, hari lahir anak pertama beliau juga pada 11 haribulan, dan Umno ditubuhkan pada 11 Mei 1946.

Najib menjadi Menteri Besar Pahang yang ke-11 (1982-1986) dan merupakan Orang Kaya Indera Shah Bandar yang ke-11.

Nombor plat kereta rasmi beliau juga bernombor 11.

Mungkinkah kejutan berlaku di Singapura, esok?

Ketika kempen pilihan raya umum Singapura kali ke-14 berakhir semalam dengan pemimpin parti politik utama semakin merancakkan usaha memancing undi.

Parti yang bertanding berusaha habis-habisan di saat-saat akhir dalam siri kempen itu untuk meraih undi yang amat diperlukan, dalam apa yang diramalkan oleh beberapa penganalisis dan pemerhati politik sebagai paling menarik serta mendapat saingan sengit dalam sejarah negara pulau ini.

Thousands of spectators gather at an Singapore People's Party's (SPP) election campaign rally at Bishan Stadium 2Buat kali pertama, parti pembangkang akan meletakkan calon dalam 82 daripada 87 kerusi, iaitu jumlah terbesar kerusi yang pernah ditandingi untuk menentang parti pemerintah, Parti Tindakan Rakyat (PAP).

Meskipun berdepan cabaran sengit, PAP berkeyakinan bahawa parti itu akan berupaya mengekalkan populariti dan mandat daripada 2.35 juta pengundi Singapura yang layak mengundi.

Ketika menyuarakan keyakinannya, Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata PAP yakin akan mencatatkan keputusan memberangsangkan dalam pilihan raya umum Sabtu ini. Bagaimanapun, PAP tidak akan mengambil mudah undi daripada mana-mana pihak.

Lee dipetik sebagai berkata demikian kepada pemberita selepas lawatan ke beberapa kawasan Perwakilan Kumpulan Kawasan Pilihan Raya (GRC) Ang Mo Kio, semalam oleh saluran televisyen tempatan, NewsAsia.

NONEBeliau meminta penduduk Singapura supaya memberi sokongan kepada PAP dan memikirkan tentang masa depan mereka dan anak-anak, serta membuat pilihan yang terbaik.

Ditanya tentang kemungkinan keputusan yang akan dicatatkan di GRC Aljunied, Lee berkata beliau percaya PAP akan menang, namun akan berdepan saingan yang begitu sengit.

"Calon dan penyokong di GRC Aljunied bersemangat tinggi dan saingan masih berlangsung," kata Lee, sambil menambah beliau akan singgah di GRC Aljunied untuk menegaskan hakikat bahawa PAP berdiri teguh dalam pertandingan bagi bahagian berkenaan.

NONEMengenai khabar angin yang disebarkan menerusi pelekat bahawa GST akan dinaikkan selepas pilihan raya, Perdana Menteri berkata parti telah memutuskan untuk mencetak dan mengedar risalah serta bahan bacaan tambahan untuk menegaskan bahawa kerajaan tidak akan menaikkan GST selepas pilihan raya itu.

Malam semalam, puluhan lagi perhimpunan terus diadakan oleh parti politik yang bertanding sebelum tempoh bertenang pada hari ini.

Pada 2006, PAP memenangi 66.6 peratus undi dan 82 daripada 84 kerusi parlimen.

Singapore Workers Party candidate for Aljunied GRC, Chen Show Mao 1Menurut seorang penganalisis tempatan, berdasarkan fakta sejarah, PAP mencatatkan rekod pencapaian yang baik dalam membawa kemakmuran ekonomi dan sosial kepada penduduk Singapura.

"Melihat kepada apa yang berlaku di dunia hari ini misalnya di Timur Tengah, adalah baik supaya pengundi memikirkan secara mendalam tentang bentuk kerajaan yang mereka mahu.

"Adakah mereka mahukan kesinambungan dalam pentadbiran atau sebuah kerajaan yang lemah dan tidak stabil? Fikirlah betul-betul sebelum mengundi," nasihat beliau.

- Bernama

1 Malaysia Untuk Rakyat.

Bagi penulis, orang yang tidak menyokong 1Malaysia ini boleh dibahagikan kepada beberapa kategori.

Pertama pembangkang yang tidak akan menyokong program kerajaan terutama yang boleh mengurangkan sokongan rakyat dan mengancam mereka dalam pelbagai sudut. Jika program kerajaan mendapat tempat di hati rakyat, sudah pasti sukar bagi mereka untuk mempengaruhi minda rakyat terutama mereka di atas pagar.

azlanMereka yang sudah taksub itu, jika hati mereka dibasuh dengan 'clorox' sekalipun tidak akan berubah. Yang putih, putihlah dan yang hitam, hitamlah bagi golongan seumpama ini. Melainkan hati mereka seperti belakang parang.

Oleh itu, pembangkang akan menjadi takut apabila ramai rakyat menyebut perkataan 1Malaysia dalam kehidupan mereka. Salam pun sudah diberikan Salam 1Malaysia.

Tidak hairanlah, ketakutan pembangkang ini diterjemahkan dalam pelbagai arahan termasuk tidak boleh menggunakan logo atau terlalu sensitif jika ada pihak menyebutnya waima memberi salam 1Malaysia. Apabila perkataan itu diutarakan ibaratkan seperti ada duri yang mencucuk hati mereka dan adakalanya terus berdarah.

NONEKedua
ialah golongan yang bimbang gagasan 1Malaysia itu digunakan oleh sesetengah pihak untuk menjayakan Malaysian Malaysia atau didorong ke arah itu.

Golongan ini adalah di pelbagai peringkat termasuk ahli akademik dan sejarahwan. Kebimbangan mereka kerana sejak gagasan ini diperkenalkan ada pihak yang cuba untuk 'menculik' 1Malaysia mengikut perspektif atau pandangan mereka sendiri seperti menekankan isu mengenai hak atau perpaduan saja.
'Tidak 1Malaysia'

Bagi mereka yang hanya mahu melihat kepentingan diri, 1Malaysia ialah mengenai hak sama rata kaum yang tinggal di negara ini di samping menggalakkan rakyat bersatu-padu. Tidak hairanlah apa saja yang diutarakan adalah berkaitan dengan 1Malaysia termasuk 'memohon pelbagai perkara daripada kerajaan untuk mereka' adalah 1Malaysia.

NONEJika tidak diberi, maka tidak 1Malaysia. Mereka terlupa bahawa hak yang disebutkan dalam 1Malaysia adalah mengikut Perlembagaan dan bukannya berdasarkan gesaan apatah lagi ugutan.

Ada antara mereka menyifatkan 1Malaysia itu adalah perpaduan saja sedangkan ia merangkumi aspek yang lebih luas lagi untuk rakyat iaitu memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Maka itu, rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan. Perlu faham dan hayati.

Golongan ketiga ialah mereka yang tidak faham apa itu 1Malaysia menyebabkan ada yang menganggapnya hanya sebagai satu lagi slogan kerajaan.

NONEAda juga mereka yang terikut-ikut dengan kenyataan pemimpin pembangkang bahawa 1Malaysia ini adalah lesen untuk kerajaan sekarang mengabui mata rakyat bahawa ada sesuatu program baru dilaksanakan.

Bagi golongan ini, mereka menyatakan ia lesen untuk menyapu semua kekayaan dan kemewahan negara sebaliknya berselindung di sebalik slogan untuk menggunakan wang rakyat. Kekeliruan golongan ini menyebabkan mereka sentiasa terpedaya dan mulalah berkempen mengenai keburukan gagasan itu.
Amat bahaya
Keadaan ini amat berbahaya. Kumpulan ini ada antaranya mereka yang sentiasa turun ke bawah untuk memberi penerangan kepada rakyat seperti jabatan kerajaan, badan berkanun, suruhanjaya atau syarikat yang ada kaitan dengan kerajaan.

tenang by election 23011 1malaysia group lorriesIni termasuk Jabatan Hal-Ehwal Khas, Jabatan Penerangan, Jabatan Penyiaran, Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara, Telekom Malaysia, Tenaga Nasional Berhad, Pos Malaysia Berhad serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.

Tidak hairanlah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan mengadakan program penyerlahan 1Malaysia untuk menyedarkan kumpulan petugas ini mengenai apa itu 1Malaysia dan diterangkan berterusan kepada rakyat.

Kumpulan
keempat ialah golongan yang sering melupakan budi kerajaan tetapi menempelak setelah berjaya dibantu dari sekolah rendah sehingga ke universiti. Malah golongan ini sentiasa mencari kesalahan terhadap semua program kerajaan dan bertindak seolah-olah mereka peminat setia pembangkang.

1malaysia dinner in galas 031110 danceMereka yang tidak ada prinsip ini adakala akan menghilang begitu saja mengutuk kerajaan kerana sudah mendapat habuan tertentu daripada pembangkang. Mereka adalah golongan pelupa atau sesetengah orang berkata 'orang yang tidak mengenang budi.'
'Zaman sudah berakhir'

Hakikatnya usaha perlu diadakan untuk menyerlahkan Gagasan 1Malaysia di semua peringkat di tanahair bagi membolehkan mereka menggerakkan minda untuk membantu rakyat terutama golongan yang memerlukan.

NONEUsaha membantu rakyat sepanjang masa ini dengan turun padang ini bersesuaian dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa 'zaman kerajaan tahu semua sudah berakhir."

Rakyat perlu menerangkan kepada kerajaan apa yang masih tidak dilaksanakan atau perkara yang tidak ambil peduli. Keperluan rakyat.

Mereka perlu berfikir bahawa Malaysia ini untuk rakyat Malaysia. Untuk itu, rakyat perlu didiik dengan semangat yang menebal terhadap gagasan ini.
Mereka boleh membantu segera kumpulan ini tanpa bertangguh. Untuk itu, janji-janji kerajaan sekarang mempercepatkan perkhidmatan seperti penyediaan pasport dan kad pintar pasti dikenang oleh rakyat sepanjang masa.
NONESelain itu, penyediaan jalur lebar di kawasan luar bandar, pemberian netbook kepada pelajar miskin dan penubuhan perpustakaan desa telah menyediakan medan dan medium untuk rakyat berkomunikasi.

Selain itu, KPKK juga berusaha ke arah mencapai tahap yang lebih baik bagi kefahaman keseluruhan Gagagan 1Malaysia. Kefahaman itu dikatakan sudah mencapai 84.4 peratus sehingga Julai tahun lalu.
ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Malaysiakini.
Datuk Ibrahim Yahaya adalah penasihat Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. Beliau pernah menjadi Ketua Pengarah, Jabatan Penyiaran Malaysia dan editor berita di Berita Harian. MK

11.11.11- Tarikh Pilihan Raya Umum Ke 13 ?


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mencetuskan teka-teki mengenai tarikh pilihan raya umum ke-13 apabila menyebut timbulnya ramalan ia akan diadakan pada 11.11.11 kerana angka 11 amat signifikan dalam hidup beliau.

Ketika ditanya pemberita, beliau tidak mengia mahupun menafikan ramalan itu, sebaliknya menyifatkan ramalan sedemikian memang menjadi kegemaran dalam arena politik sebelum ini.

NONESebelum itu, Najib dalam usaha merapatkan hubungannya dengan golongan muda ke udara di rangkaian radio Hot FM pagi ini dan menceritakan signifikan angka 11 dalam hidupnya.
Wawancara selama sejam bermula jam 7.30 pagi itu juga disiarkan secara langsung menerusi siaran televisyen 8TV.

DJ stesen radio berkenaan Fara Fauzana dan Faizal Ismail juga sempat bertanyakan mengenai pasukan bolasepak kegemaran perdana menteri Manchester United yang akan berentap dengan Chelsea bagi menentukan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Selain itu, Najib juga menceritakan tabiatnya yang gemar menghabiskan masa di laman sosial seperti Facebook dan Twitter.

NONEDalam nada yang serius, beliau juga mengumumkan kerajaan akan melancarkan satu program baru iaitu Rumah Mampu Milik Berkualiti bagi memantapkan Skim Rumah Pertamaku selewat-lewatnya Julai ini.
"Melalui program tersebut, kos rumah untuk Skim Rumah Pertamaku akan dipastikan berharga RM220,000 ke bawah," katanya.
Di bawah skim itu, beliau berkata pemaju swasta akan terbabit sebagai projek tanggungjawab sosial korporat mereka, manakala kerajaan akan menyediakan tanah sebagai tapak rumah.

Perdana Menteri juga sempat bermain catur dengan DJ radio Hot FM. MK

05 Mei 2011

Jangan cepat label pengkhianat Islam, pemimpin PAS tegur Mufti Perlis



 Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub hari ini menyelar kenyataan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya yang dilaporkan berkata pihak yang menentang penyatuan Umno dan PAS sebagai pengkhianat Islam
.

Sehubungan itu Salahuddin (gambar) menambah, tidak timbul soal siapa pengkhianat Islam jika Umno dan PAS tidak bersatu.

Oleh itu katanya, apa yang perlu masyarakat faham ialah sebenarnya memutuskan hubungan silaturrahim sesama Islam tidak dibenarkan dalam agama.

“Saya rasa kita perlu faham sebenarnya kita tidak boleh putuskan hubungan silaturahim. Apa yang terjadi sekarang ialah cuma perbezaan pandangan politik dan itu merupakan perkara biasa.

“Jangan terlalu cepat mengeluarkan kata-kata pengkhianat itu. Sebuah negara demokrasi diberi kebebasan untuk berpolitik dan menubuhkan parti politik,” katanya.

Malah kata beliau, perpecahan tidak berlaku tetapi cuma wujud perbezaan politik.

“Kita tidak memutuskan silaturrahim sehingga membawa kesan yang besar kepada umat Islam,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Beliau juga berkata, perpaduan atau penyatuan tidak semestinya perlu berada di bawah satu bumbung dan kenyataan Juanda semalam sama sekali tidak praktikal dan tidak wajar.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan kenyataan Juanda Jaya menyifatkan pihak-pihak yang menentang penyatuan antara Umno dan PAS sebagai pengkhianat Islam.

Selain itu Juanda berkata, mereka juga boleh dianggap pendukung fikrah puak Khawarij iaitu sebuah kumpulan yang amat bencikan kesatuan di dalam Islam.

“Penyatuan (Umno dan PAS) sebenarnya adalah wajib khususnya untuk kekuatan Islam dan Malaysia amnya. Semua pihak wajib berusaha ke arah itu,’’ katanya.

Seorang lagi Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, terpulang kepada Mufti Perlis itu untuk berkata apa-apa sekalipun kerana ia merupakan permainan Umno.
“Dia (Juanda) nak kata apa, dia punya suka nak kata apa pun.

“Umno main sentimen ini kerana Umno sebenarnya dah tenat dan ada masalah penyakit dalam jiwa. Kita perlu sedia pakar sakit jiwa untuk pimpinan Umno kerana takut mereka akan tertekan sehingga menyebabkan mereka bunuh diri atau terjun bangunan. Jadi kita perlu bersedia,” katanya berseloroh.

Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad juga menganggap kenyataan Juanda sebagai seorang yang tidak memahami situasi yang berlaku antara Umno dan PAS.

Beliau berkata, sebagai seorang mufti, sepatutnya sebelum mengeluarkan apa-apa pandangan perlu memahami tentang gambaran sesuatu hukum tersebut.

“Dia kenal ke siapa Umno yang sebenarnya? PAS menolak tentulah ada sebab. Jangan disebabkan Juanda makan gaji dengan Umno, dia boleh mengeluarkan kata-kata sebegitu (pengkhianat Islam).

“Adakah dia (Juanda) nak kita bersekongkol dengan parti yang terbukti banyak melakukan pengkhianatan terhadap amanah rakyat, dengan soal rasuah yang banyak melibatkan orang di dalam parti itu,” katanya. Insider

Bagi Malaysia, Telanjang Pun Tak Apa Janji Pemuda-Pemudi Lalai.

Persekutuan Badminton Sedunia (BWF) menafikan peraturan baru yang mewajibkan pemain wanita memakai skirt supaya kelihatan lebih seksi.

women female badminton player wears skirtSebaliknya BWF berkata peraturan baru itu bertujuan "untuk memastikan aksi lebih menarik" untuk menarik kehadiran lebih ramai penonton.

BWF berkata, mereka akan meneruskan pelaksanaan peraturan itu yang ditangguhkan selepas pemain dan pegawai mengemukakan bantahan, bermula 1 Jun ini.

Menurut BWF peraturan baru itu adalah salah satu cara bagi menarik lebih ramai minat penonton dan penaja, sebagaimana evolusi fesyen dalam tenis yang menjadikan sukan itu lebih menarik.

Arahan terbabit berkuatkuasa bermula 1 Jun 2011 ini di Kejohanan Badminton Terbuka Singapura.

- AFP 

Amerika Penipu, Tiada Mayat Osama.

Gambar yang diperolehi oleh Reuters ini telah diambil lebih kurang sejam selepas serangan AS di persembunyian Osama bin Laden di Abbottabad, Pakistan yang menunjukkan mayat tiga lelaki yang telah terbunuh berlumuran darah dan TIDAK BERSENJATA.

Gambar-gambar yang telah diambil oleh Pegawai Keselamatan Pakistan yang memasuki halaman kediaman ini selepas serangan pada awal pagi Isnin, menunjukkan dua lelaki berpakaian tradisi Pakistan dan seorang lagi berbaju-T, dengan darah mengalir dari telinga, hidung dan mulut mereka.

Pegawai Keselamatan itu, yang tidak mahu dikenali, telah menjual gambar-gambar itu kepada Reuters.

Tiada seorang pun daripada lelaki ini yang kelihatan seperti Bin Laden. Presiden Barack Obama memutuskan untuk tidak mengeluarkan gambar-gambar jasad Osama kerana ia mungkin menyebabkan meningkatnya serangan keganasan dan akan menjadi alat propaganda al Qaeda.

“Adalah penting bagi kami untuk memastikan setiap gambar terperinci seseorang yang ditembak mati di kepala tidak disebarkan sebagai satu tindakan yang boleh mengapi-apikan keganasan baru ataupun sebagai alat propaganda,” Obama memberitahu di dalam program CBS "60 Minutes."

Berdasarkan tarikh dan masa pada gambar-gambar yang diambil, gambar paling awal ialah 2 Mei, 2:30 a.m., kira-kira sejam selepas serbuan di mana Bin Laden telah dibunuh.

Gambar-gambar lain berikutnya di antara 5:21 a.m. dan 6:43 a.m. menunjukkan keadaan di luar rumah yang berselerak dan terdapat bangkai helikopter Amerika Syarikat yang ditinggalkan.

Reuters amat yakin dengan ketulenan imej-imej tersebut kerana terdapat butiran di dalam gambar yang menunjukkan sebuah helikopter rosak kesan dari serangan, sepadan dengan gambar-gambar yang dikeluarkan pada Isnin lepas.

Tentera AS kehilangan sebuah helikopter di dalam serbuan itu disebabkan oleh satu masalah teknikal dan kemudian menghancurkannya.

Gambar-gambar yang diambil juga berturutan dan semuanya mempunyai saiz dan pixel yang sama, menunjukkan semuanya tidak diusik. Masa dan tarikh di dalam gambar-gambar turut sepadan dengan keadaan cahaya kawasan tersebut.

Gambar-gambar yang diambil tidak menunjukkan sebarang senjata pada lelaki-lelaki yang terbunuh itu, tetapi gambar-gambar itu diambil secara dekat dan kemungkinan tangan dan senjata lelaki itu tidak kelihatan.




Satu foto menunjukkan kabel komputer dan seolah-olah pistol plastik mainan hijau-jingga berada di bawah bahu kanan seorang daripada lelaki yang terbunuh itu. Di bawah kepalanya berlumuran darah.


Foto ini menunjukkan seorang lagi lelaki dengan darah yang keluar dari hidungnya melalui pipi kanannya dan satu tompokan besar darah di dadanya.


Foto lelaki ketiga, yang berbaju-T, dibelakang kepalanya penuh dengan takungan darah dipercayai kesan dari kecederaan kepala.

Kerajaan AS mengakui pada Selasa lalu bahawa Bin Laden tidak bersenjata ketika ditembak mati dan ini telah menimbulkan tuduhan Washington telah mencabuli undang-undang antarabangsa. Keadaan-keadaan tepat bagaimana kematiannya tidak jelas dan dapat memarakkan kontroversi, terutama sekali di dalam dunia Islam.

Pakistan turut merasa malu, akhbar utama Islamabad berkata, bagaimana lelaki paling dikehendaki di dunia mampu hidup selama bertahun-tahun di dalam bandar yang turut menempatkan pasukan tentera di Abbottabad, hanya di utara ibu kota.

Pakistan turut menyalahkan unit perisikan di seluruh dunia kerana gagal mengesan Bin Laden, ketika Washington menuduh bahawa sekutunya itu telah memberikan perlindungan kepada pemimpin al Qaeda, dan Islamabad bersungguh-sungguh menafikannya.(Pulakdah)

Mufti Perlis Kecewa 'Keangkuhan' PAS Atau Beliau Jahil Tentang Politik.

Mufti Perlis DR Juanda Jaya menyatakan kekecewaannya terhadap sikap PAS yang disifatkannya "terlalu angkuh" untuk menerima ajakan Umno untuk duduk semeja.

dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106Katanya, PAS tetap menolaknya walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri tampil membuat pelawaan itu secara terbuka.

"(Saya) kecewa dengan PAS terlalu angkuh nak terima ajakan Umno hendak duduk semeja. Najib sudah jelaskan jemputan (secara) terbuka.

"PAS parti besar, (mereka) tidak patut tenggelam dalam nostalgia dan emosi lama," katanya.

Melalui SMS kepada Malaysiakini daripada Arab Saudi semalam, Mufti termuda di Malaysia itu juga berkata golongan ulama bersedia menjadi pemudahcara dalam program pertemuan kedua-dua parti Melayu terbesar itu.

NONEUtusan Malaysia semalam melaporkan di muka depan, Dr Juanda menyifatkan pihak yang menentang penyatuan antara Umno dan PAS sebagai pengkhianat Islam dan boleh dianggap pendukung fikrah Khawarij yang amat bencikan kesatuan.

Beliau dilaporkan berkata, penyatuan kedua-dua parti itu sebenarnya wajib, khususnya untuk kekuatan Islam.

Menjelaskan lanjut kepada Malaysiakini pada hari yang sama, Dr Juanda menjelaskan gesaan penyatuan yang diutarakannya bukanlah bermaksud kedua-duanya perlu bergabung sebagai satu parti.

Sebaliknya, menurut Juanda, ia merupakan penyatuan dalam erti kata kerjasama dalam urusan kepentingan Islam dan negara, antaranya dengan kurang memaki sesama sendiri dan kurang politiking.

NONENajib pada 30 April lalu ini berkata, walaupun PAS enggan menyertai Umno dan BN, parti Islam itu patut keluar Pakatan rakyat kerana rakan mereka DAP tidak pernah memperjuangkan Islam.

Kenyataan yang dianggap sebagai pelawaan itu bagaimanapun ditolak keras pelbagai pemimpin kanan PAS, termasuk oleh Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Obama Tak Benar Keluar Foto Bedah Siasat Osama, Mengesahkan Lagi Yang Osama Belum Di Bunuh.

Anggota Barisan Pembela Islam (FPI) mengadakan solat bagi Osama bin Laden di Jakarta semalam dengan menyifatkannya mati syahid. — Foto Reuters

Presiden Barack Obama memutuskan untuk tidak mengeluarkan foto-foto jenazah ketua rangkaian pengganas Al-Qaeda Osama bin Laden, yang mati ditembak pasukan elit Amerika Isnin lalu, kata White House semalam.

Pengumuman itu muncul selepas seorang pegawai kanan pentadbiran memberitahu NBC News mengenai keputusan pihaknya tidak mahu melepaskan foto bedah siasat dan Obama juga mendedahkan pendiriannya ketika temu bual khas bersama program “60 Minutes” CBS semalam.

Media melaporkan bahawa White House telah mempertimbangkan syor mengeluarkan gambar-gambar itu, sebahagian daripada bukti untuk meyakinkan bahawa Osama telah terbunuh ketika serbuan ke atas sebuah rumah agam yang dihuninya di timur laut Pakistan, awal pagi (waktu Malaysia) Isnin lalu.

Ramai sangsi dengan operasi dan laporan kematian walaupun ada gambar awal menunjukkan Osama sudah terbunuh.

Bagaimanapun pegawai-pegawai White House berpandangan, gambar-gambar itu sungguh mengerikan dan boleh mencetuskan rasa tidak senang di kalangan mereka yang melihatnya.

“Adalah penting bagi kami untuk memastikan setiap gambar terperinci seseorang yang ditembak mati di kepala tidak disebarkan sebagai satu tindakan yang boleh mengapi-apikan keganasan baru ataupun sebagai alat propaganda,” kata Obama kepada CBS News, demikian menurut jurucakap White House Jay Carney.
Obama juga dipetik berkata, beliau berpandangan tindakan mengeluarkan gambar terperinci akan menyebabkan risiko ke atas keselamatan nasional.

Ditanya mengenai responsnya berhubung reaksi sesetengah pihak di Pakistan mengatakan Amerika Syarikat berbohong kononnya sudah membunuh Osama, Obama berkata: “Sebenarnya kami sedang memantau reaksi dunia. Tidak ragu-ragu bahawa Osama sudah terbunuh.”

“Sudah pasti tiada keraguan di kalangan Al-Qaeda bahawa dia sudah mati.

“Dan, kami tidak fikir satu gambar sahaja akan membawa perbezaan. Akan ada orang yang menafikannya (kematian Osama,” katanya lagi. — Agensi

04 Mei 2011

Eskay Akui Berjaket Kalis Peluru Ketika Sumpah Laknat.


Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah menjelaskan beliau memakai jaket kalis peluru ketika upacara mengambil sumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul Jumaat lalu.

NONE“Saya bekas konsulat kehormat dan jaket itu kepunyaan saya dan bukan milik orang lain. Saya memakainya apabila keadaan di masjid menjadi kecoh,” katanya sambil menyuarakan kekecewaannya terhadap insiden itu.

Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sama ada dua lagi rakannya dalam trio 'Datuk T' - ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan bekas bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim - memakai jaket yang sama.

Eskay juga memberitahu beliau dipanggil ke balai polis hari ini untuk menjelaskan mengapa membuat sumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul Jumaat lalu sehingga menyebabkan kekecohan.

NONEMenurut beliau, Shuib dan Rahim juga dijangka diambil keterangan mereka oleh polis pada petang ini.

Shazryl juga diasak oleh wartawan mengapa beliau menyerahkan sampel DNA miliknya kepada polis minggu lalu dan signifikan penyerahan jam tangan mewah jenama Omega, yang dikaitkan dengan pelaku dalam video seks berkenaan.

“Saya fikir ia ada kena mengena dengan jam itu... Saya memegang jam itu,” katanya.

NONENamun, Eskay enggan menjawap secara langsung mengapa jam Omega itu relevan dengan kesnya.

"I (saya) pun tak tahulah, saya tidak benar-benar melihatnya (video seks itu.”

Dalam versi video 22 minit yang dimuatnaik di Internet pada Khamis lalu, jam Omega tidak kelihatan.

Eskay sebelum ini, ketika tayangan video berkenaan di Hotel Carcosa Seri Negara memberitahu wartawan Malaysiakini bahawa pekerja seks dalam video tersebut 'mencuri' jam tangan daripada timbunan pakaian yang terletak di sebuah meja kecil.

alleged four full sex videos on youtube 290411 07Namun melalui pemerhatian di video berkenaan, lelaki itu dilihat mengambil pakaiannya di dalam bilik mandi selepas mengadakan hubungan seks, manakala wanita tersebut menyelongkar beg dan pakaiannya sementara menunggu di bilik. MK

Perjanjian Konsesi Air Wajar Dibatal.

Pihak Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah menghasilkan laporan mengenai penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Malaysia.

Laporan ini menggariskan intipati Akta Perkhidmatan Industri Air 2006 (WSIA). AWER juga mengemukakan tiga kajian kes. Salah satu kajian kes adalah mengenai konflik penstrukturan semula industri air di Selangor.

NONETerdapat beberapa artikel pendapat dalam akhbar tempatan yang menyentuh isu perjanjian konsesi yang merupakan salah satu topik yang dilaporkan.

Saya ingin menjemput semua lapisan masyarakat khususnya rakyat Selangor untuk membaca laporan penuh mengenai penstrukturan semula industri air negara di laman web AWER (www.awer.org.my) supaya dapat memahami sepenuhnya cadangan-cadangan kami.

Kajian pihak AWER adalah menyeluruh dan terperinci. Laporan kami telah menyentuh aspek menyeluruh dan impaknya kepada rakyat.

Melalui WSIA, kerajaan persekutuan akan menstruktur semula industri perkhidmatan air supaya semua operator air dilesenkan dan beroperasi dalam keadaan 'ringan-aset'.

Syarikat air S'gor kompetitif

Ini bermakna aset berliabiliti (hutang) daripada operator air akan dipindahkan kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), sebuah unit khas Kerajaan Persekutuan.

Ini juga bermakna semua operator air hanya perlu fokus kepada membekalkan air secara berterusan dan berkualiti.

azlanBagi pengetahuan semua, penstrukturan semula industri air negara sepatutnya selesai menjelang akhir tahun 2010 mengikut Rancangan Malaysia ke-9. Ini adalah rancangan Kerajaan Persekutuan, bukannya AWER.

AWER lebih risau mengenai kos kelewatan penstrukturan semula dan impaknya kepada rakyat dari segi tarif serta kelewatan penambah baikan infrastruktur perkhidmatan air secara keseluruhan.

Pihak AWER ingin menegaskan bahawa kaedah operasi menggunakan perjanjian konsesi adalah tidak sesuai dan ramai yang percaya akan kebolehan syarikat-syarikat air di Selangor.

Memandangkan syarikat-syarikat air di Selangor berkaliber dan kompetitif, maka ia tidak akan menimbulkan sebarang masalah jika mereka beroperasi mengikut kaedah pelesenan yang termaktub dalam WSIA.

Minimumkan kenaikan tarif


Laporan AWER tidak mengatakan bahawa tarif air tidak akan meningkat tetapi kenaikan tarif air dapat diminimumkan melalui pelaksanaan WSIA.

Pihak AWER juga telah menyatakan bahawa kos-kos yang terlibat dalam penetapan tarif akan diaudit dan rakyat perlu terlibat sama dalam proses penetapan tarif. Ini adalah intipati yang termaktub dalam pelaksanaan WSIA.

NONEMenteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui juga telah menyatakan dalam laman blognya, bahawa kenaikan tarif mengikut model WSIA di Selangor adalah di antara 10 hingga 15 peratus berbanding dengan perjanjian konsesi yang mencecah 37 peratus.

AWER berpendapat bahawa cadangan kerajaan persekutuan untuk menstruktur semula industri perkhidmatan air sebenarnya membawa lebih banyak manfaat kepada rakyat berbanding kemudaratan yang digambarkan oleh penulis-penulis berkenaan.

Air adalah isu keselamatan negara. Semua lapisan rakyat berhak untuk mendapat bekalan air secara berterusan dan berkualiti dengan tarif yang berpatutan.

Memandangkan pelaksanaan WSIA dapat meminimumkan kenaikan tarif air, maka adalah wajar perjanjian konsesi dibatalkan mengikut model WSIA demi melindungi kepentingan rakyat. MK

Ulama Saudi Pertikai Cara AS Semadi Jenazah Osama. Cerita Sebenar, Osama Belum Mati.

Pengikut pertubuhan Islam yang telah diharamkan Jamaat-ud-Dawa menitiskan air mata ketika upacara pengebumian simbolik bagi Osama di Karachi semalam. — Foto Reuters

Ulama-ulama Arab Saudi, antara Negara sekutu Amerika Syarikat (AS) dan tanah air kelahiran Osama bin Laden, menolak kenyataan Washington bahawa negara kuasa besar itu telah mematuhi segala keperluan Islam ketika menyemadikan ketua rangkaian Al-Qaeda itu di Laut Arab semalam.

Osama, 54, ditembak mati oleh pasukan elit AS di timur laut Pakistan awal pagi kelmarin selepas diburu lebih satu dekad.

Jenazahnya diletakkan dalam beg khas dan dilepaskan di utara Laut Arab dari kapal membawa pesawat Carl Vinson, demikian menurut tentera negara itu.

Bagaimanapun ramai umat Islam di Arab Saudi dan rantau Teluk Arab termasuk penentang ideologi Osama berkata kata-kata suci yang dibacakan bagi pengasas Al-Qaeda tidak mengetepikan kejutan tentang cara jenazah Allahyarham dilepaskan ke laut sama sekali.

“Itu bukan cara Islam. Cara Islam ialah mengebumikan seseorang di kawasan darat sebagaimana dilakukan ke atas orang lain,” kata Sheikh Abdul Mohsen Al-Obaikan, penasihat Mahkamah Diraja Saudi.

Pada masa-masa lalu, jika seseorang itu mati di kapal dan boleh dikebumikan di darat untuk beberapa hari dan “kemudian dilepaskan di laut (dengan benda berat),” katanya dipetik Reuters.

“Hari ini kesnya berbeza. Kita ada pesawat, penyejuk beku dan tidak perlu melepaskan jenazah di laut dengan cara begitu,” katanya.

Kata beliau, Osama tidak mati di laut dan jenazahnya pula diterbangkan ke kawasan perairan selepas ditembak mati di Abbottabad, kira-kira 50 kilometer dari Islamabad.

Washington menegaskan jenazah Osama telah dilayan dengan baik, mengikut tradisi Islam.

Jenazahnya dilaporkan dimandikan dan dibalut dengan kain putih serta dibacakan ayat-ayat suci — upacara yang berlarutan kira-kira 40 minit.

Issa al-Ghaith, seorang ulama dan hakim Arab Saudi berkata, beliau Washington telah melakukan kesilapan dengan menyemadikannya di laut, di mana ia satu cara bercanggah dengan Islam.

“Ia menunjukkan Amerika bimbang walaupun dia sudah mati,” kata Issa.

Di Yemen, pengkritik berkata jenazah Osama patut diserahkan kepada keluarganya.

“Tidak cukup membacakan ayat-ayat suci ke atas jenazah Osama bagi mengurangkan kemarahan penyokongnya ataupun umat Muslim yang lain,” kata Mohammed al-Ahmedi, seorang wartawan Yemen.

Washington pula berkata langkah penyemadian di laut adalah cara terbaik ekoran kekangan masa dan atas andaian bahawa jenazah Osama kemungkinan tidak diterima oleh mana-mana negara ataupun mengambil masa yang lama.

AS juga berkata mengikut tradisi Islam jenazah mesti dikebumikan dalam 24 jam.Penganalisis-penganalisis mendakwa tidak mungkin Arab Saudi akan membenarkan pengebumian Osama di buminya.

Keluarganya, yang menjadi kaya dengan projek pembinaan, telah memutuskan hubungan dengan Osama dan dia juga telah dilucutkan kewarganegaraan Saudi pada 1994.

Malah, penganalisis juga berkata Washington kemungkinan tidak mahu lokasi penyemadian Osama diketahui bagi mengelakkan ia menjadi sumber inspirasi bagi serangan masa depan.

“Bagi mereka, ia dijustifikasikan dari sudut politik dan psikologi. Ini kerana mereka tidak mahu dia ada makam (yang mungkin dijadikan tempat pemujaan),” kata Mustafa Alani, penganalisis keselamatan di Pusat Penyelidikan Teluk, Dubai.

“Saya merasakan cara jenazah diuruskan akan menjadi satu isu di kalangan sebahagian Muslim,” katanya lagi.
Bagaimanapun ada pihak menyokong keputusan AS.

“Jika dikebumikan, akan ada pihak menjadi mati syahid dan akan ada orang yang akan mencarinya ataupun menghadiri upacara pengebumian,” kata Aya Abdullah, seorang rakyat Saudi yang berusia pertengahan 20-an. — Reuters

03 Mei 2011

Malaysia Jatuh Ke Tangga 143 - Indeks Kebebasan Media


Malaysia menduduki tangga 143 daripda 196 negara yang disenaraikan sebagai negara yang mempunyai media masa yang bebas.

Kajian yang dibuat oleh Freedom House yang berpangkalan di Amerika Syarikat menujukkan akhbar di Malaysia masih tidak bebas.

freedom house 2011 global press freedom mapMalaysia yang mendapat hanya 64 mata berkongsi kedudukan dengan Madagascar dan Angola di benua Afrika.

Kajian Kebebasan Akhbar 2011 ini dibuat sempena Hari Kebebasan Akhbar Dunia yang disambut hari ini.

Freedom House, yang terletak di Washington DC, mendapati kebebasan media di seluruh dunia semakin merosot dengan hanya seorang daripada enam orang yang menghuni di negara yang mempunyai kebebasan akhbar.

“Pada 2010, khususnya terdapat kebimbangan di Asia Barat dan Amerika Selatan, manakala peningkatan dicatatakan di kawasan sub-Sahara Afrika,” kata pertubuhan itu dalam satu kenyataan.

azlanSekitar Asia Tenggara, Filipina, Indonesia, Thailand dan Kemboja menduduki tangga yang lebih tinggi daripada Malaysia.

Filipina terletak di tangga 93 dengan 46 mata dan Indonesia, di tangga 108 dengan 53 mata. Akhbar di kedua-dua negara dikategorikan sebagai 'separa bebas'. Akhbar di Thailand pula (tangga 138) dan Kemboja (141) adalah 'tidak bebas'.

'Berita baik' bagi Malaysia adalah ia disenaraikan di atas Singapura (150), Brunei (163), Vietnam (177), Laos (184) dan Myanmar (191).

Pada 2009, Malaysia berada di tangga 143, tetapi menunjukkan sedikit pencapaian pada tahun lalu dengan menduduki tangga 141.

Menurut kajian itu, 10 negara teratas adalah Finland, Norway, Sweden, Belgium, Iceland, Luxembourg, Andorra, Denmark, Switzerland, Liechtenstein, Belanda dan Palau.

azlanManakala 10 negara yang paling buruk pula adalah Burma, Cuba,Guinea, Eritrea, Iran, Libya, Korea Utara, Turkmenistan dan Uzbekistan.

Antara 53 negara Komanwel, mereka yang di bawah kedudukan Malaysia termasuk Cameroon, Sri Lanka, Gambia dan Swaziland.

Laporan itu meletakkan setiap negara kepada tiga kategori - bebas, separa bebas dan tidak bebas.

02 Mei 2011

Benarkah Osama Bin Laden Sudah Mati Dan Benarkah Wujud Orang Bernama Osama Bin Laden???

'Osama Bin Laden' Tidak Pernah Wujud

http://4.bp.blogspot.com/_mySJzEsWQfE/TM-DVcW9AUI/AAAAAAAAAgk/tzKft6L68qs/s1600/bin_laden_3.gif

http://1.bp.blogspot.com/_mySJzEsWQfE/TM-DV1IksZI/AAAAAAAAAgs/zD8oNhK1tSU/s1600/bin_laden4.jpg

Tim Osman (Osama) baru-baru ini lebih dikenali sebagai Osama Bin Laden. "Tim Osman" adalah nama yang diberikan kepadanya (Osama) oleh CIA untuk "tour"nya di AS dan pengkalan tentera AS, bagi mencari sokongan politik dan persenjataan. Ada beberapa bukti bahawa Tim Osman telah melawat White House. Ada kepastian bahawa Tim Osman melakukan lawatan di beberapa pangkalan tentera AS, bahkan menerima demonstrasi khas penggunaan persenjataan terkini oleh tentera AS. Mengapa hal ini tidak dilaporkan di media utama di Barat? Adakah Osama Bin Laden satu alat konspirasi untuk menjatuhkan Islam? Kebanyakan rakyat Afghanistan juga mengakui mereka tidak pernah mendengar nama al-Qaeda dan Osama Bin Laden sebelum serangan 11/9.

Berikut ialah gambar Osma Bin Laden yang dikatakan terbunuh dalam operasi ketenteraan Amerika:


Jelas kelihatan gambarnya seperti telah diedit...Sumber
Ada juga dakwaan yang mengatakan bahawa Al-Qaeda hanya ciptaan Amerika. Adakah ini salah satu fitnah Dajjal yang dilakukan tentera Dajjal??? Selanjutnya disini

Atau mungkin Osama Bin Laden adalah mangsa fitnah Amerika, semata-mata untuk dijadikan kambing hitam dan alasan untuk menghapuskan Taliban??? Seperti Anwar Ibrahim, ramai orang kampung & orang UMNO yang percaya beliau yang berada dalam Video Seks Fitnah.. Tidak mustahil mungkin selama ini kita ditipu Amerika seperti UMNO menipu Melayu......Wallahu'alam......(Sumber)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4U2C Posts

News Story

SELSEMA